BN kian bercelaru di Perak

Segalanya bermula dengan tindakan BN sendiri yang merampas Perak melalui pintu belakang. Akhirnya jerat yang dipasang oleh BN memakan diri. Keputusan BN untuk mengambil Perak secara percuma bukan sahaja dicemari dengan krisis perundangan tapi juga kepada hilangnya kepercayaan rakyat Malaysia terhadap sistem demokrasi.

Kali ini semakin parah apabila bentuk perbalahan BN dan PR, apabila melibatkan bebarapa isu yang berkaitan dengan keputusan speaker. Menjelang persidangan tergempar yang dijadualkan esok, BN sekali lagi menampakkan riak kurang senang dan cemas apatah lagi usul yang akan di bawa nanti adalah berkaitan dengan undi tidak percaya terhadap BN yang kini tidak mempunyai majoriti yang cukup untuk mempertahankan kerajaan yang tidak sampai setahun jagung ini. Keresahan dan dibayangi dengan rasa takut tumbangnya kerajaan BN di Perak, sekali lagi BN melalui Exco Kerajaan BN Perak Mohd Zahir Abdul Khalid telah membuat usul supaya speaker DUN Perak V. Sivakumar dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan sendiri oleh V. Sivakumar atas alasan menghina sultan.

Nampaknya bagi BN ini, apa sahaja yang dirasakan menghina, sudah pasti ianya akan menjadi satu sebab penting untuk di bawa ke jawatankuasa hak dan kebebasan. Apakah BN melihat dengan cara ini akan memberi jaminan kepada teguhnya kerajaan BN di Perak. bagaimana pula untuk V. Sivakumar membuat pertimbangan sekiranya dia sendiri yang menjadi pengerusi.

Gaya dan corak yang diambil oleh exco BN ni sebenarnya menzahirkan lagi bentuk pemikiran sempit mereka. Cara ini sebenarnya adalah satu kaedah yang terdesak apatah lagi sidang tergempar akan berlangsung esok.

Apa pun, hukuman dan kecelaruan yang diterima BN sekarang ini adalah hasil dari BN sendiri. Rakyat sudah faham dengan corak dan gaya kotor ini dan yang jelas pilihanraya ke 13, persiapkanlah perahu untuk dihanyutkan di sungai Perak.

Wallhuaalam

Pak katib

2 Mac 2009

1 comment:

Unknown said...

Politik Perak terus bergolak, petang ini media melapurkan Setiausaha Dewan merangkap peon akan menutup dan mengunci DUN Perak untuk menghalang daripada berlaku persidangan dewan dan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan BN.

DS Nisar pula kata persidangan DUN kalau tak boleh buat di Bangunan SUK Perak pun tak apa, buat di kantin SUK pun boleh.

Begitulah bercelarunya politik di Perak. Hairannya, Sultan Perak ni pekak ke tuli? tak tahukah keadaan politik Perak dah jadi cacamarba. Panggillah DS Nizar dan Zamry bincang bagaimana nak selesai masalah ini

Mat Jet