Luahan kerakusan kuasa UMNO-BN berterusan di Bukit Gantang







Changkat Ibol- 8 Mac, " Kami dah meluat dengan UMNO. Ramai daripada penduduk di sini yang dulunya kuat UMNO telah pun menjadi Ahli PAS ". itulah luahan seorang penduduk Changkat Ibol ketika ditanya tentang pandangan tentang UMNO sekarang ini. Beliau yang tidak ingin nama dan gambarnya disiarkan juga memberitahu bahawa penduduk di sekitar Changkat Ibol akan bersama-sama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan UMNO dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang 7 April ini. Menurutnya lagi mereka tidak rugi kehilangan Osman Jailu yang telah berpaling tadah kerana menurut beliau Osman Jailu terlibat dengan rasuah dan masih dalam kes mahkamah dan mengharapkan agar calon yang diputuskan oleh PAS nanti bagi mewakili parlimen Bukit Gantang adalah yang benar-benar bersih dan mampu memberi khidmat yang terbaik untuk pengundi di sini.






Turut terpampang dan menghiasi tepi-tepi jalan adalah kain rentang yang dilukis secara kreatif yang menjelaskan siapa itu UMNO-BN sebenarnya. Kain rentang ini merupakan satu lagi tamparan hebat buat UMNO yang cuba memancing pengundi walaupun hakikatnya populariti BN di sini telah pun terkubur.






Pak katib



1 comment:

Unknown said...

ohh my kampung......

lawan tetap lawan!!!