Umno tidak adil untuk semua kaum- Dato' Seri Anwar


Cenderong Balai-21 mac, " Kerajaan UMNO-BN telah berlaku tidak adil kepada semua bangsa tak kira Melayu, Cina dan India". demikian ucapan Dato Seri Anwar di Cenderong Balai Malam tadi. UMNO dengan angkuhnya mempertikaikan pemberian tanah kepada masyarakat Cina di Kg. baru. Ketidak adilan ini wujud apabila pemimpin UMNO secara terang-terangan membidas Dato' Seri Nizar Jamaluddin kerana meluluskan pemberian tanah kekal kepada masyarakat Cina. Umno, menurut Dato Seri Anwar Ibrahim hanya membisu apabila Cina-cina kaya telah pun memperolehi Bukit Tinggi dan Genting Highland. Sikap angkuh dan hanya mementingkan golongan yang sudah kaya ini menyebabkan rakyat kurang yakin dengan UMNO.


Bukan sahaja kepada kaum Melayu, tetapi juga kepada kaum-kaum lain. Menurut beliau juga lihat sahaja isu penahanan tanpa bicara beberapa pemimpin Hindraf ke dalam ISA. Mereka ini bukan sahaja tidak dibuktikan bersalah malah tuduhan mereka itu dicipta dan diada-adakan atas alasan bahawa pemimpin kumpulan hindra mengancam keselamatan negara.


Bagi orang Melayu pula kerajaan BN telah gagal memajukan orang melayu dan bersikap berat sebelah apabila hanya pelobi-pelobi sahaja diberi keutamaan.
Pak katib


21 Mac 2009

3 comments:

Anonymous said...

mat kude - sebelum pilihanraya umum ke 12 baru-baru ni...Tajol Rosli bagi tanah kat cina Bidor..lepas tu kat Manjung sempat bagi 20 ribu hektar lebih kat sorang tokey cina..pastu bagi lagi tanah kat Kampar pada MCA utk buat universiti....takpakan...kalau Umno yang buat dan bagi takpakan....ohhhhh malaysiakuuu..

Anonymous said...

itulah budaya UMNO..apa yang dia buat semua boleh..termasuk beberapa kes yang melibatkan salah laku...terbaru SPRM sekali lagi membuat kenyataan bahawa wujud elemen s. sivakumar salah guna kuasa...persoalannnya...wujud tak elemen speaker pandika amin menjatuhkan hukuman satu tahun terhadap gobind sing deo dengan memotong semua elaun. Tak nak ke SPRM buat siasatan salah guna kuasa

Anonymous said...

salam....
depa x pa pakatan je x blh..kita bantu orng susah tu yg puak2 b end x blh terima...semua rakyat malaysia termasuk la dr puak2 b end sndri th yg depa nie bantu kroni2 je bg diorng la kan bila m.bantu orng miskin nie x ada faedah kut..