Gambaran terkini di Bukit Gantang sudah jelas bahawa UMNO semakin " senak". Populariti UMNO sudah kian pudar dan tak mustahil pada pilihanraya umum ke -13 nanti UMNO-BN akan terkubur tanpa batu nesan. Di DUN Kuala Sepetang Bulan sudah kian mengambang. Warna hijau sudah hampir menenggelamkan alam maya. Di Changkat Ibol sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Sudah menjadi kubu PAS dulu kini dan selamanya. Apa lagi yang ada pada UMNO sekarang ini hanya bangkai busuk, nanah dan najis yang ditinggalkan. Pemimpin yang penuh dengan rasuah, kes mahkamah yang belum selesai dari sebabak ke sebabak, budaya kroni yang berleluasa dan fitnah musin pilihanraya yang sentiasa berkumandang di media massa BN.
Semakin lama UMNO bertapak semakin jelas keburukan yang ditonjolkan. Biro Disiplin Umno yang ditubuhkan oleh UMNO nampaknya tidak memberi kesan apa-apa. Hukuman yang dijatuhkan hanya memihak kepada sesetengah "team" sahaja walaupun apa yang diharapkan oleh ahli UMNO adalah pembersihan keseluruhan sehingga ke peringkat orang atasan.
Gundah gelana bagi mereka yang dalam UMNO dihukum tanpa timbang tara yang betul. Senyum lebar bagi team yang buat salah tapi terlepas dan hanya diberi surat amaran. Apa pun itulah undang-undang ciptaan UMNO yang diagungkan oleh sebilangan besar ahli UMNO. Apa dah jadi dengan Tok Ketua Ali Rustam? Penyokongnya yang dah lama menghimpit dan melobi untuk kemenangan akhirnya terpaksa akur dengan keputusan yang dilihat sebagai berat sebelah oleh penyokong Ali Rustam. Apa boleh buat, itulah percaturan politik UMNO. Terlalu ghairah menghentam pemimpin parti lawan akhirnya busuk terpalit ke muka sendiri.
SPRM mungkin masih tidur atau dah terlena didodoi dengan ulit mayang UMNO. Sudah tak dapat membezakan antara rasuah dan politik wang. Bagi rakyat mungkin mereka faham bahawa politik wang dan rasuah adalah nama yang berbeza tetapi perilaku yang sama. Yang menghulur duit itu rasuah. yang menerima duit itu rasuah. Yang menganjurkan majlis atau tujuan melobi juga rasuah. yang membenarkan supaya dianjurkan majlis makan-makan untuk tujuan melobi juga rasuah. semuanya rasuah, tapi bagi UMNO itu bukan rasuah tapi itu adalah politik wang. SPRM pun mungkin kata itu juga politik wang sebab itu lah orang yang didapati bersalah oleh biro disiplin UMNO, belum tentu bersalah mengikut pemahamam SPRM.
Yang ada elemen rasuah bagi SPRM ialah bila S. Sivakumar menggunakan kuasanya mengikut perlembagaan tubuh negeri Perak dengan menjatuhkan hukuman kepada 6 exco BN Perak dan MB BN Zambry. Walaupun Kuasa yang digunakan oleh S. Sivakumar adalah dibenarkan dalam undang-undang tubuh negeri Perak tapi bagi SPRM ianya ada elemen salah guna kuasa. Inilah yang dikatakan bak "isi dan kuku" antara UMNO dan SPRM.
Rakyat yang mula bersuara melalui blog dan ceramah akan dituduh menghasut sedangkan dalam perlembagaan Malaysia pun memang dah termaktub bahawa rakyat ni boleh bersuara. Pakar undang-undang dalam UMNO sebenarnya tahu isi kandungan perlembagaan tapi hanya membisu bak mulut dikunci dan dipatri dengan tembaga besi.
Itu lah UMNO-BN yang kita kenal sudah 50 tahun lebih. Dari zaman yang mula-mula tuntut kemerdekaan hinggalah sekarang cuma dulu pemimpin-pemimpin UMNO sanggup turun padang dan berhimpun ramai-ramai untuk bersama-sama tentang penjajah. Sayangnya sekarang ni penjajah semakin dekat dengan UMNO. Pemikiran UMNO masih dijajah, Perilaku UMNO pun masih dijajah.
Keris yang diusung ke hulu ke hilir atas nama ketuanan Melayu masih belum menyengat. Melayu semakin mundur. Pendidikan Melayu masih ditahap rendah walaupn dah berbilion kerajaan salurkan peruntukan kepada bidang pendidikan. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pula sudah semakin disisihkan. Matematik dan Sains terpaksa diajar dalam bahasa Inggeris atas alasan supaya Melayu lebih maju dan mampu bersaing tapi yang kita nampak pelajar Melayu semakin layu sebab tak berapa faham bahasa Inggeris dan memeningkan kepala mereka untuk menjawab dengan betul. Bila semua ini berlaku maka jadilah bangau oh bangau. saling menyalahkan satu sama lain. Bila tanya pelajar, pelajar kata salah guru yang ajar Matematik dalam Bahasa Inggeris. Bila tanya guru, guru kata Kementerian Pelajaran yang suruh ajar. Bila tanya kementerian Pelajaran. KPM kata ini semua orang politik yang suruh laksanakan. Bila tanya orang politik, ini semua kerja pemimpin UMNO yang nak tengok bangsa Melayu maju. Yang menjadi maju bukan Melayu tapi ahli perniagaan yang jadi kroni UMNO yang dapat kontrak membekalkan peralatan dan bahan pengajaran PPSMI ke sekolah. Pelajar Melayu akhirnya hanya makan ubi kayu.
Sedarlah wahai penyokong UMNO. Semakin lama bersama UMNO semakin parah dan senak kita. Hijarahlah dan renung lah semasak-masaknya. berapa lama lagi untuk kita terus ditipu dan disenandungkan dengan lagu-lagu mengasyikkan. Mimpi kita ada masanya perlu bertukar warna. Warna itu biarlah warna hijau atau biru muda atau merah putih. Jangan lagi mabuk dengan warna biru gelap yang sudah psti akan menggelapkan masa depan kita kini dulu dan selama-lamanya.
-Pak katib
21 Mac 2009
2 comments:
mahathir cukup aktif pada pemilihan umno kali ini.
calun pilihannya adalah pemimpin umno yang sama perangai dengan dirinya.
kalau mereka mereka yang di kempen oleh mahathir itu berjaya, maka legasi kepimpinan mahafiraun akan berterusan untuk jangkamasa yang panjang. kerana tidak mahu dirinya terpinggir terus, sekarang mahathir turun dan bergiat bersama menonjol beberapa nama penting.
mereka yang cuba di 'tunjuk baik' adalah najib, mat tyson, mukhriz
pada calun pemuda, nampaknya mahathir sudah semakin galak menyerang khairy, usaha nya untuk menjatuhkan satu satu calun yang tidak berkenan oleh beliau. kalau khairy tersingkir .. muhkriz akan menang cara mudah. khir toyo .. ahh ! dia ikut telunjuk najib. ada atau tidak .. bukan menjadi masalah.
hari ini, khairy telah membuat laporan polis tentang usaha pihak pihak tertentu mengeluarkan buku mengutuk beliau yang di hantar kepada semua perwakilan. di khabarkan ianya di hantar melalui pos. dah ini membuktikan usaha ini di buat oleh orang dalam parti umno sendiri. kerana hanya mereka yang tahu senarai perwakilan dan alamat mereka.
masih ingat bagaimana anwar jatuh pada tahun 1998. pada pemilihan umno pada tahun tersebut, di keluarkan 50 dalil kenapa anwar tidak boleh jadi PM.
dan kita semua tahu bahawa memang mahathir terlibat di dalam usaha tersebut. akhirnya anwar mengambil langkah drastik membongkar budaya kronisma dan nepotisma, berkaitan dengan mahathir. sehingga tercetusnya peristiwa reformasi tahun tersebut.
kaedah pengedaran buku mengutuk khairy, sama seperti yang berlaku pada anwar ..
perlukah kita persoal siapa kah dalang di dalam semua yang berlaku ini?
bukan kah ini satu teka teki mudah?
- rentakjari
terima kasih atas artikel ini. Sama-sama kita sumbangkan apa sahaja yang kita tahu tentang kebenaran dan sebarkan kepada semua rakyat tentang tabiat buruk UMNO ini. jangan lagi rakyat terus menerus ditipu sepanjang masa
-pak katib
Post a Comment