Gelombang hijau Putih tenggelamkan BN- Penamaan calon berjalan lancar




Taiping- 29 Mac, Penamaan calon bagi piliharaya kecil P059 Parlimen Bukit Gantang berjalan dengan lancar. 3 calon layak bertanding setelah tiada bantahan diterima oleh SPR iaitu Ismail Saffian dari BN, Dato' Seri Nizar Jamaluddin dari PAS dan seorang calon bebas.


Puluhan Ribu penyokong telah memberi sokongan kepada PAS dihari penamaan calon. Gelombang hijau putih ini sekali gus telah menenggelamkan penyokong BN yang hadir dalam jumlah yang kecil. Gelombang kebangkitan rakyat ini telah memberi suntikan baru kepada pakatan rakyat terutamanya PAS untuk mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang.


Proses penamaa calon telah berakhir sekitar jam 11.30 pagi. Beberapa insiden kecil juga berlaku melibatkan kedua-dua belah penyokong. walau bagaimana pun ianya dapat dikawal oleh pihak keselamatan.




gambar-gambar akan di "upload" sebentar lagi




Pak Katib




No comments: