Hendak tak hendak itulah kenyataan yang terpaksa dihadapi oleh BN. Tongkang yang penuh dengan muatan sampah-sampah dan sisa busuk bakal karam di Bukit Gantang. Apa tidaknya nakhoda tongkang yang hilang arah serta awak-awak yang hanya pandai merapu.
Sudah terdengar suara-suara benci dan muak untuk bersama-sama dalam tongkang BN apatah lagi tongkang BN sudah semakin uzur dan makin tenat dengan pelbagai penyakit yang tak perlu dihuraikan lagi. Bukan setakat di Malaysia tapi dah pun keluar dalam dada-dada akhbar negara lain.
Tongkang yang sudah pun berusia 51 tahun lebih ini semakin hari semakin hanyir sehingga selisih pun orang dah dapat agak milik siapa tongkang itu. Hendak dipulihkan dan diwangikan balik rasanya dah tak terbuat. Mana tidaknya, nakhoda tongkang cukup pantang dikritik dan ditegur walaupun teguran tu datangnya dari awak-awak tongkang tu sendiri. Silap tegur maka askar-askar dan polis-polis nakhoda akan menjemput dan dihantar ke mahkamah rimba untuk diadili atas nama "hasutan". Ada juga awak-awak dan orang-orang lain yang terpaksa merengkok tanpa bicara dalam kawat besi atas nama mengancam keselamatan negara. Mulut-mulut awak-awak dan orang-orang yang cuba bersuara akan disita mulut mereka dengan ugutan demi ugutan oleh orang kuat nakhoda. suara rakyat sudah dianggap ancaman besar bagi nakhoda.
Mahu tak mahu, yang bebal dan bongok akan hanya mengangguk tak sudah-sudah walaupun tahu bahawa Tongkang sudah semakin tenat dan hampir berkecai. Sudah ramai awak-awak yang berada dalam Tongkang BN dah terjun sungai dan berenang ke kapal PR yang lebih selamat dengan awak-awak yang berjiwa rakyat dan adil untuk semua.
Di Bukit Gantang nanti maka karamlah Tongkang BN. Maka bertalkinlah seluruh pengundi Bukit Gantang. Apaka nanti ada batu nesan atau terus dibiarkan hanyut tanpa destinasi. Semua rakyat sudah sedar. Melayu dah sedar. Cina dah sedar. India pun dah sedar. Yang belum sedar hanyalah awak-awak yang asyik menghunus keris tumpul atas ketuanan Melayu tapi Melayu masih macam tu juga. Suara Melayu pun asyik tersekat-sekat. jati diri Melayu tak kuat. mana nak kuatnya, bila bersuara sikit Melayu dihambat dengan air berisi bahan kimia dan Gas pemedih mata yang pekat melekat. Suara Melayu di sekat.
Kebebasan suara sudah semakin hilang. Harakah dan suara keadilan yang diujudkan untuk membetulkan tindak tanduk kerajaan dianggap dan dituduh penyebar fitnah. apalah musibah dikunci di negara sendiri.
Wahai awak-awak di tongkang BN yang masih melekat. bangunlah, dan buka lah mata. gerakkan minda. lihatlah sudah berapa jauh kita dibawa ke jalan gelap, malap dan berasap. Ayuhlah kita buktikan yang kita ni masih ada akal walaupun sudah sekian lama dibius dengan pelali BN. Tumbangkan BN di Bukit Gantang. Undi adalah hak rakyat. BN hidup kerana rakyat. BN menyeleweng rakyat yang bertanggungjawab sebab rakyat yang mencalitkan dakwat di kertas undi. Undilah yang boleh menjamin masa depan dan bersih dari rasuah. Undilah Pakatan Rakyat (PAS) di Bukit Gantang.
Wallahuaalam
Pak Katib
25 mac 2009
1 comment:
Pak Katib...tongkang UMNO bukan sebarang tongkang...walupun dah nak tenggelam masih sempat lagi menukar haluan...dengan membeli kapal selam..komisyen menanti sebagai habuan...konon lambat lagi sebenarnya nak karam...masih sempat big momma melaram....biarlah rakyat yang menjatuhkan hukuman....mat kude
Post a Comment