Tolak UMNO-BN, pilih Pakatan Rakyat- Dato' Seri Anwar Ibrahim


Bukit Gantang, - 20 Mac, " Pengundi Bukit Gantang harus menolak Barisan Nasional dan memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang nanti" demikian seruan Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika ceramah isu semasa di Bukit Cempedak Parlimen Bukit Gantang semalam.


Ceramah yang pada awalnya dijadualkan diadakan di Simpang terpaksa dipindahkan ke Bukit Cempedak atas alasan keselamatan oleh pihak polis. Difahamkan beberapa trak FRU telah berkampung di Simpang bagi menghalang ceramah dan oleh kerana itu ceramah ini telah dibuat di Bukit Cempedak.


Dalam Ceramah yang turut dihadiri oleh Dato' Seri Nizar Jamaluddin, K Sevan dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap pemimpin BN yang menculik dan meng"BN" kan 3 ADUN dari Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan berlaku krisis politik yang berpanjangan. Pemimpin BN juga sanggup memfitnah dan memutarbelitkan fakta tentang perkataan "sembah derhaka" yang ditulis dalam sepucuk surat oleh Dato' Seri Nizar kepada tuanku sultan bagi menjelaskan kenapa beliau enggan meletak jawatan sebagai MB Perak. Kesempatan ini telah digunakan oleh pemimpin BN yang kemarut kuasa di Perak dengan mencanang dalam televisyen dan surat akhbar milik UMNO bahawa Dato' Seri Nizar telah menderhaka padahal perkataan " sembah derhaka" itu adalah satu perkataan protokol ketika menyatakan sesuatu pandangan yang tidak selari dengan tuanku.


Dalam ucapan yang dihadiri oleh ribuan pengundi Bukit Gantang ini, beliau sekali lagi menempelak sikap dan kebodohan pemimpin BN yang tidak berapa mengkaji sejarah khususnya kisah-kisah yang ditulis dalam buku hikayat Hang Tuah yang telah pun ada perkataan " Sembah Derhaka" ketika mana Dato' Bendahara ingin memaklumkan kepada Sultan Melaka bahawa Hang Tuah masih hidup. Kebodohan ini telah menyebabkan rakyat sendiri hilang keyakinan dan merasa muak dengan sandiwara pemimpin BN ini.


Dalam mengulas isu pembentangan mini bajet oleh Dato' Najib di parlimen, Beliau dengan nada sinis mempertikaikan peruntukan bajet yang dibentangkan kerana ianya lebih menguntungkan kontraktor-kontraktor berbanding rakyat yang semakin hari-semakin tersepit akibat kenaikan harga barang dan kemelesetan ekonomi dunia.


Di akhir ceramah, Dato' seri Anwar Ibrahim sekali lagi menyeru kepada semua pengundi di Parlimen Bukit Gantang khususnya yang masih dalam UMNO supaya menyokong PAS kerana hanya Pakatan Rakyat yang dapat memulihkan kekalutan dalam negara kita sekarang akibat kesombongan dan keangkuhan pemimpin-pemimpin BN.


- Pak Katib


20 mac 2009

6 comments:

Anonymous said...

Hanya kerja jahat dan politik kotor BN sahaja yang boleh menggagalkan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini..gelombang kebangkitan rakyat sudah tidak dapat di bendung lagi akibat kerakusan Umno Bn merampas kuasa di negeri Perak..

Anonymous said...

la ni apa nuar boleh buat ekoran ekonomi sedang menjunam. Nuar hanya sibuk berpolitik, sedangkan negara berada dalam kemelut ekonomi. nuuar serang umno. umno jawab dan balas. umno pun sama berpencak berpolitik. anak melayu terkapai-kapai nak hidup di tanah melayu ini. lihatlah anak muda sibuk dengan motosikal, hiburan, berpeleseran tanpa arah. anak bangsa lain bijak mengisi ruang!

Anonymous said...

naz...abih apa cadangan hang?

Anonymous said...

kita jgn jadi gajah sama gajah bergaduh, pelanduk di tengah-tengah tercekik. kita tak mau macam tu yang di tengah tu kita rakyat biasa. kerajaan dan pbangkang kena fikirkan bersama cara nk bentuk anak melayu lebih bijak membentuk jati diri agar dihormati orang lain dan mampu berdiri sendiri. tu agaknya yang dimaksudkan abng kita ni

Anonymous said...

t.kasih adik naz. hang sependapat dgn teman. Apa idea yang dibangkitkan dengan nuar hanya tentang teknikal error perlembagaan, rasuah dan bla..bla.. pasai budak dan nasib org melayu macam mana? tak bolehkah nuar dan najib duduk semeja bincangkan atau bangkitkan diparlimen bagaimana mencari noktah kepada semua yang melanda orang melayu. yang sorang nk jadi PM yang sorang pikiaq nk tumbangkan kerajaan dan nk jadi PM. Itu yang saya maksudkan yeob!

Anonymous said...

Very well, that well comes to an end.