Assalamualaikum...saja nak ajak bersembang. Hari ni Pak Katib tak buat artikel, Nak tinggal dulu untuk sehari dua isu Perak. Hari ni kena pegi KL..kawan-kawan pun dah bersemangat nak berkumpul beramai-ramai kat Masjid Negara. nak bagi sokongan kepada tokoh-tokoh bahasa yang membantah perlaksanaan PPSMI oleh puak-puak UMNO-BN ni. Pak katib bertolak dari rumah jam 6.00 petang tadi. sekarang ni dah dok dalam hotel. nombor bilik hotel pun cantik gak( 911). Sampai kat bilik rehat kejap. badan pun agak penat. maklumlah perjalanan jauh. tapi demi anak bangsa yang dah dibutakan oleh UMNO -BN ni kenalah juga kuat semangat.
Esoknya nak kena bersedia untuk perhimpunan besar-besaran 100 ribu orang di depan Masjid Negara. Insyaallah Pak katib akan maklumkan secara terus berita-berita terkini. walau macamana pun, kena lah ronda dulu sekitar KL dan tengok persekitaran. Malam ni suasana macam biasa cuma ada satu sekatan jalan raya di kawasan Sentul. Di dataran Merdeka pula orang ramai terutama warga KL tenang bersantai bersama kawan -kawan dan keluarga. Pak Katib sempat juga ambik gambar kat situ. saja nak buat koleksi.
Lebih kurang jam 10.30 malam, kelihatan kenderaan polis dan beberapa anggota mengarahkan kami mengalihkan kenderaan di sekitar bangunan mahkamah. Polis dah mula tutup jalan di dataran merdeka. tak diketahui apa tujuannya . adakah ianya ada kaitan dengan perarakan esok atau untuk sambutan maulidulrasul. tapi kalau untuk maulidul Rasul rasanya lambat lagi. hari isnin baru mula. pentas pun macam tak siap lagi.
Lepas kat dataran merdeka kami ronda pula ke jalan raja laut. keadaan ok. tak ada masalah. lagi pun orang ramai macam biasa kat KL. tak putus-putus. Esok pagi mungkin orang ramai dari seluruh Malaysia akan memenuhi Bandaraya KL untuk bersama-sama memberi sokongan kepada GMP ini.
Untuk maklumat terkini tentang perhimpunan ini akan Pak Katib maklumkan dari masa ke semasa.
Wallahuaalam
Pak Katib
6 Feb 2009
No comments:
Post a Comment