Filem P. Ramlee,- Sindiran bersahaja yang menusuk

Sebelum ini saya cuba mengupas tentang beberapa mesej yang disampaikan dalam beberapa buah filem arahan P. Ramlee dan hubungkaitnya dengan isu yang berlaku di Perak. Mungkin wujud pelbagai persoalan di kalangan pembaca apakah ianya betul-betul releven ataupun hanya sekadar kebetulan. Samada ianya ada perkaitan atau tidak ianya bergantung kepada penafsiran pembaca. Mesej tetap mesej. siapa yang makan lada dia yang terasa pedas.

Untuk dikupas satu persatu mungkin terlalu banyak filem-filem yang terpaksa saya ulang tayang. cukuplah sekadar beberapa filem yang saya rasa cukup berbisa untuk dijadikan iktibar.

Di dalam masyarakat Melayu mungkin kita sudah biasa dengan cerita " Dengki-mendengki". kadang-kadang apabila sebut Melayu kita akan terfikir tentang masyarakat yang cukup kuat menyimpan hasad dengki. Orang Melayu lebih suka menjaja cerita untuk menjatuhkan seseorang daripada menyembunyikan sesuatu yang mengaibkan seseorang. persoalan " dengki-mendengki ini bukan sahaja wujud dalam perniagaan, kerjaya, hubungan sosial tapi juga menular dalam gelanggang politik. Sifat ingin naik cepat dan bayangan "perolehi kuasa" menyebabkan orang-orang Melayu hilang pertimbangan dan menggadai prinsip perjuangan. Istilah " chah keting" yang sinonim dalam masyarakat Melayu Kelantan adalah kemuncak kepada sifat hasad dengki ini. Perancangan dan taktik untuk "Chah keting" mula difikirkan untuk menjatuhkan seseorang. Keadaan ini wujud apabila seseorang yang ingin di "chah keting" dilihat mempunyai lebih peluang untuk naik ke atas.Budaya dengki-mendengki ini tidak dinafikan juga berlaku dalam masyarakat lain cuma yang lebih dominannya adalah dari masyarakat Melayu.

teringat saya satu cerita ketika saya menghadiri kurus sewaktu ketika dulu. diceritakan oleh penceramah tentang beberapa ekor ketam yang berada di dalam dua balang kaca yang kedua-duanya tidak ditutup. dilabelkan balang itu dengan balang "A" dan satu lagi balang "B". Balang itu kemudiannya dibiarkan beberapa jam untuk melihat adakah ketam-ketam itu dapat keluar. setelah tamat tempoh didapati balang "A" sudah tidak ada ketam lagi dan balang "B" masih banyak ketam di dalamnya. lalu ditanya kenapa balang "B" masih banyak ketam. lalu diberitahu bahawa balang "B" adalah ketam Melayu dan balang "A" adalah ketam kaum lain. Ketam Melayu akan menarik kaki ketam yang mahu keluar sehingga tidak seekor pun dapat keluar manakala ketam pada balang "A" akan membantu satu sama lain bagi membolehkan semua keluar. Mungkin cerita ini hanyalah sekadar untuk dibuat perbandingan tapi yang jelas bagaimana sifat hasad dengki dan " Chah Keting" ini menjadi budaya yang terlalu sukar untuk dikikis dalam masyarakat melayu.

Dalam dunia politik kita juga mungkin tak terlepas dengan budaya ini. isu politik wang dan buruk-memburuk orang lain telah menjadi rencah dalam dunia politik. semuanya semata-mata untuk menyekat peluang orang lain untuk naik lebih tinggi. Budaya ini telah menghilangkan jati diri dan mengadaikan maruah perjuangan dan ada juga yang sanggup bunuh-membunuh semata-mata untuk mencapai tujuan politik mereka.
Kita seharusnya bersedia untuk menjadikan perlumbaan itu sebagai perlumbaan sihat. Pertandingan yang diwujudkan atas tiket keyakinan dan perkhidmatan pada masyarakat yang berkesan akan menjadikan kita lebih dihormati dan diterima ramai. keadaan ini akan menjadikan pertandingan lebih bersih tanpa elemen-elemen negatif dan yang kalah akan menerima kekalahan secara terbuka dan yang menang akan meneruskan khidmat pada masyarakat secara lebih berkesan.

Filem Seniman Bujang lapuk arahan Tan Sri P. Ramlee sebenarnya sudahpun menzahirkan budaya ini. cuba kita perhatikan dialog di bawah

Pelakon 1 : Singh..itu tiga orang apa mau?

Singh : Dia orang mau minta kerja la..

Pelakon 1 : Ini macam dia orang mau jadi filem star ka..

Singh : Lu pun satu laa...baru saja orang mau minta kerja..lu macam-macam cakap..apa macam lu punya bangsa mau maju..

Macamana lu punya bangsa mau maju! Lu punya nasib, lu makan.. Dia punya nasib, dia makan.. Apa salah makan sama-sama!


link : http://www.youtube.com/watch?v=JdBLoiRDD3E

Dialog ini sebenarnya digambarkan dalam bentuk yang penuh dramatik dan mampu memberi kesan kepada mereka yang cuba memahaminya secara mendalam. Budaya dengki-mendengki ini akan mampu membunuh bangsa dan menjadikan bangsa lain lebih maju walaupun negeri yang dipijak ini adalah dari warisan nenek moyang Melayu.

Hidup Melayu bukan setakat dimulut. Hidup Melayu bukan sekadar menghunus keris. Hidup Melayu bukan setakat kuota dan keistemewaan, tapi hidup Melayu kerana semangat dan sikap yang ingin maju tanpa ada budaya dengki-mendengki. "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat". makan semeja tak akan susut rezeki. Pertimbangan yang rasional dan utuhkan kembali semangat setiakawan akan mampu menjadikan Melayu terus maju.

Wallahuaalam

Pak Katib

11 Mac 2009

No comments: