Rakyat Benci Politik Elit- Mohd Syafiq

Kiriman melalui email oleh : Mohd Syafiq (Penulis Politik Bebas)


Salah satu sebab besar kenapa masyarakat pada hari ini sudah naik muak dengan UMNO. kerana parti itu mengamalkan politik elit (bangsawan). Rata-rata pemimpin UMNO yang ada sekarang tidak kira pemimpin yang bertaraf Menteri atau pun Ketua Cawangan hidup kaya-raya. Semakin tinggi pangkat seseorang itu dalam parti, maka semakin kaya la seseorang pemimpin itu.Maka apabila, pemimpin hidup dalam kehidupan ‘orang mewah’, mesti gaya hidupnya juga turut berubah samada dari segi hobi, aktiviti harian, kawan-kawan sekeliling malah yang paling ketara dapat kita lihat adalah dari segi ‘attitude’ mereka. Namun persoalan yang kita mahu bawa kali ini, bagaimana mereka akan berhadapan dengan ‘orang kampung’ ataupun mereka yang benci dengan kebangsawanan.

Sedangkan kita sendiri sedar bahawa nilai-nilai kemasyarakatan yang wujud terutama orang Melayu mementingkan kerendahan hati dan pemimpin yang mudah didampingi.Maka, apabila pemimpin ini adalah orang yang sukar didampingi terutama dari golongan elit, jadi tidak hairanlah di mana pemimpin ini tadi tidak diterima oleh rakyat.Dari dahulu lagi, kita sebagai orang awam sudah sedia maklum bahawa sikap orang kaya ini ada lagaknya tersendiri : ego, berlagak, tidak suka bergaul dengan orang miskin, kehidupan yang tidak mementingkan kemesraan dan kasih sayang dan banyak lagi untuk kita katakan disini.

Kesimpulanya, apabila timbulnya golongan elit ini dalam politik UMNO, maka ia akan menimbulkan masalah seperti yang saya katakan tadi. Di mana dapat kita lihat masalah itu tersebut? apabila mereka berkempen… Namun apakah pemimpin UMNO sedar akan perkara ini? apakah mereka tidak tahu yang dimana sikap kebangsawanan mereka itu akan mempengaruhi "mindset" rakyat.Mereka ini seolah-olah tidak faham dengan sosio-budaya rakyat dan adat resam masyarakat. Kalau kita lihat secara keseluruhanya, pemimpin UMNO adalah orang Melayu tetapi kenapa mereka sendiri tidak dapat membaca kehendak bangsanya sendiri, atau mereka ini hanya Melayu pada kulitnya sahaja tetapi jiwa seperti orang barat yang kita dah mengerti dengan sikapnya. Hakikatnya,kalau UMNO tidak belajar dari senario ini, maka tidak mustahil suatu ketika nanti mereka tidak akan diterima langsung oleh orang Melayu sendiri.Maka tinggal tamatlah riwayat UMNO dimana ianya mati bukanlah meninggalkan sumbangan tapi meninggalkan sejarah kebangsawanan mereka.

Daripada: Mohd Syafiq (Penulis Politik Bebas )

No comments: