Dalam surat khabar Utusan Meloya hari ni disiarkan tentang arahan Tok Hamid Albar supaya polis memantau ceramah yang menyentuh isu althantuya dan Sultan atas alasan bahawa ia merupakan kes Mahkamah.
Kita tidak tahu apakah agenda sebenar arahan Tok Hamid ini. tapi yang jelas semua rakyat sudah faham dan masak dengan helah UMNO yang tidak mahu isu ini menghantui orang nombor satu dalam UMNO untuk tidur lena. apatah lagi ianya telah ditulis dalam surat khabar di beberapa buah negara luar. Arahan ini sebenarnya lebih menguntungkan UMNO-BN dan sememangnya inilah strategi UMNO untuk menenggelamkan kebenaran di mata rakyat.
Persoalannya apakah Pakatan Rakyat akan akur dengan keputusan ini dan tidak berani untuk menjelaskan perkara yang sebenar? Apakah Pakatan Rakyat akan takut untuk berhadapan dengan makhluk -makhluk bertopi merah yang siap sedia dengan penyembur air di setiap ceramah yang dianjurkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat?
Inikah yang dinamakan keadilan UMNO-BN. Setelah hak kebebasan bersuara dinafikan dengan penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan atas alasan menyebarkan fitnah dan dalam masa yang sama surat khabar UMNO mengambil tempat dengan melontarkan fitnah yang lebih dahsyat sebagaimana dalam isu Nizar menjadi imam di masjid simpang. Rakyat dinafikan menyampaikan berita tepat tapi surat khabar UMNO diizinkan melaporkan berita yang tidak benar.
Sampai bilakah UMNO akan terus menekan dan menyekat suara rakyat, mendakwa dan memenjarakan mereka yang dianggap terlalu berani mengkritik mengikut akta hasutan.
Mungkin Tok Hamid juga masih ingat apabila surat khabar UMNO dan TV UMNO juga banyak menyentuh isu Dato' Seri Anwar Ibrahim sewaktu kes itu masih dalam Mahkamah. Bukan setakat itu sahaja, pemimpin UMNO melalui ceramahnya juga sampai sekarang masih lagi mencaci Anwar Ibrahim dengan bermacam-macam istilah yang berkaitan dengan liwat sedangkan kes itu juga masih lagi dalam mahkamah. inilah " double standard UMNO".
Ingatlah wahai UMNO. Rakyat sekarang dah buka mata dan telinga. Dah tahu mana songsang dan mana tidak. Dah muak semuak-muaknya dengan UMNO. Semakin kuat suara rakyat disekat semangkit hebat kebangkitan rakyat. bersedialah untuk menguburkan UMNO -BN di Malaysia.
Wallahuaalam
Pak Katib
1 April 2009
3 comments:
ini hantu mongolia ke hantu Malaysia
cam lawa je hantu ni
Salam Pak Katib
UMNO sudah terdesak. Itu lah ungkapan yang paling sesuai terhadap tindakan parti ini mengenakan syarat melarang PR menyebut isu Althantuya dan rampasan kuasa di Perak dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang. Sebelum itu UMNO juga menggantung permit penerbitan organ PAS akhbar Harakah selama tiga bulan.
Ibarat perlawanan bola sepak antara dua pasukan. Satu pasukan dikenakan beberapa syarat manakala satu pasukan lagi boleh melakukan apa sahaja tanpa dikenakan apa-apa syarat. Setiap kali pasukan yang dikenakan berbagai syarat mendapat bola, pengadil akan meniupkan wisel menghentikan perlawanan. Manakala pasukan yang tidak dikenakan syarat mendapat bola, walaupun mereka memegang bola dengan tangan, pengadil tetap meneruskan perlawanan. Akhirnya kita boleh lihat bahawa penonton akan membantah dan menyerbu perlawanan, malah mungkin merusuh. Mereka akan memukul pengadil kerana berat sebelah.
Perlawanan dalam pilihanraya Bukit Gantang antara UMNO dan PR kali ini persis perlawanan bola sepak yang berat sebelah tadi. Makin banyak UMNO membuat syarat yang pelik dan peraturan yang berat sebelah semakin mendalam benci dan marah rakyat kepada UMNO.
Walaupun UMNO melarang menyebut dua isu tersebut dalam pilihanraya ini, PR akan tetap akan menyebutnya juga. Sekurang-kurangnya PR akan menyebut sebab apa peraturan ini dibuat. Syarat ini dibuat untuk untuk melindungi siapa. Pertanyaan-pertanyaan terhadap syarat ini dalam ceramah pun boleh mengambil masa juga. Dan ini tidak memberi keuntungan kepada UMNO.
Sebenarnya kedua-dua isu ini semuanya berpunca daripada Najib yang bakal menjadi PM hari Jumaat ini. Isu Althantunya dikaitkan dengan Najib kerana beliau dikatakan pernah kelihatan dengan mendiang. Dalam isu ini Najib juga dikaitkan dengan bom yang boleh keluar dengan mudah daripada Kementerian Pertahanan.
Isu rampasan kuasa di Perak juga dikaitkan dengan Najib kerana semasa rampasan kuasa ini berlaku beliau menjadi Ketua Perhubungan UMNO Perak. Maknanya Najib yang merancang bersama-sama dengan Timbalannya, Zahid Hamidi melakukan rampasan kuasa. Rampasan kuasa itu pula dilakukan secara tergesa-gesa tanpa perancangan yang teliti yang menyebabkan berlaku krisis perlembagaan di Perak.
Semuanya terarah kepada Najib. Maknanya Najib banyak masalah. Semua masalah Najib pula terbeban dan ditanggung oleh UMNO. Tapi orang UMNO tetap pilih Najib jadi presiden. Dalam UMNO tak pernah ada presiden mereka yang mempunyai masalah seperti Najib.
Pilihanraya kecil Bukit Gantang ini menjadi pungutan suara kepada Najib. Jika kalah bermakna, Najib merupakan presiden UMNO yang terakhir memerintah Malaysia.
LEPAS NIE KORANG TABAL LER ANUAR JADI PM LAK....NASIB LA BADAN. KPALE HOTAK DIA MCM UMNO GAK......HEBAT. BAGI LE TOK GURU YG JADI PM.....AMAN SEJAHTERA
Post a Comment