Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM )yang ditubuhkan sejak tahun 1995 dan mempunyai 10, 000 ahli sekali lagi bakal mempertaruhkan Calon tempatan sebagai calon di PRK Parlimen Bukit gantang. Saya dah lama mengenal Sdr. Hanafi Mamat dan kebetulan ibunya adalah jiran saya dan kebetulan juga anaknya satu kelas dengan saya ketika di sekolah menengah. Beliau yang menetap di Bukit Gading Tanah Merah pernah mencuba nasib dalam beberapa pilihanraya dan yang terbaru ialah perlawanan 3 penjuru antara PKR, BN dan BEBAS di PRK Parlimen Permatang Pauh yang menyaksikan Dato' Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi tersebut dengan majoriti yang besar. Seingat saya Hanafi mula bertanding atas tiket ISLAH (BEBAS). waktu saya masih di sekolah menengah. Sempat juga saya bertandang ke rumah ibunya ketika kempen dalam pilihanraya umum ( saya pun dah lupa pilihanraya umum tahun bila).
Kita tidak jelas apakah matlamat asal Sdr Hanafi Mamat akan meletakkan calonnya bertanding atas tiket bebas di Bukit Gantang dan Bukit selambau, tapi itulah demokrasi di Malaysia. sesiapa pun boleh bertanding asalkan memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Sdr Hanafi yang menjadi presiden AKIM sudah tentu mempunyai penyokongnya sendiri yang setia walaupun dalam pilihanraya selalu hilang wang deposit.
Matlamat dan keinginan AKIM bertanding atas tiket Bebas dilihat oleh pemerhati politik hanya bertindak sebagai pemecah undi dan tempat sesetengah pengundi yang merasa kurang senang samada terhadap Pakatan rakyat atau BN untuk mengundi parti Bebas. Bagi PAS ianya bukanlah menjadi masalah yang besar bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan Bebas malah UMNO yang sudah lama bertapak di Bukit Gantang . PAS dan Pakatan Rakyat tidak akan gentar menghadapi sesiapa sahaja, ini kerana perjuangan PAS dan pakatan Rakyat telah diterima dan mendapat sokongan rakyat yang begitu besar sekarang ini.
Wallahuaalam
- Pak katib
23 Mac 2009
1 comment:
Simpan duit pergi umrah lagi baik. Jangan menyemak aje.
Post a Comment