Zambry perlu faham peranan masjid-Fitnah besar terhadap Nizar




Saya terpanggil untuk menulis apabila terbaca kenyataan akhbar berita harian online semalam. dalam kenyataan akhbar tersebut Zambry sebagai memaklumkan bahawa " Nizar cuba rampas majlis BN".


lihat kenyataan akhbar di bawah


TAIPING: Pada hari pertama berkempen, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalaluddin cuba mencetuskan kekecohan apabila 'merampas' majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang di sini, 7.30 malam. Perkara itu didedahkan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib. "Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program lawatan dan memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong, di sini,


Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Beliau berkata, tindakan Nizar itu seperti dirancang dan jelas calon Pas itu sanggup menggunakan masjid sebagai gelanggang berpolitik untuk berceramah. "Perbuatan Nizar sangat menyedihkan dan satu tindakan provokatif.


"Saya percaya beliau, selepas ini tidak teragak-agak menggunakan pelbagai alasan untuk menjadikan masjid sebagai tempat melakukan perbuatan seumpama itu.



dan ini pula jawapan Dato' Seri Nizar melalui blognya yang dipetik dari blog Dango Mamamat http://jantantuya.blogspot.com/.



"Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha! Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.


Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama. Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun. Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO. UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap di hadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry.


Nama saya juga disebut dan diraikan. Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi. Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana. Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi.
katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang. "



dan ini pula pengakuan imam itu sendiri yang dipetik dari perakdaily http://perakdaily.com/



Jawapan imam ini, ana petik dari blog aabo@anak sengat berkaitan dengan isu rampas kuasa di masjid dek kerana DS Ir Haji Mohamad Nizar, Jamaluddin calon Pakatan Rakyat pada PRK P059 yang menjadi iman di Masjid Simpang, manakala Dr Zambry AK dan TS Muhyidin Yassin menjadi makmun.
Kata Imam: Memang saya yang jemput Nizar jadi Imam semasa solat Magrib di Masjid Simpang Taiping.

Anak Sengat dapat bercakap dengan Pak Imam itu mellalui talian hanfonnya.. Pak Imam dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Mungkin memikirkan nasibnya yang akan terjadi selepas ini.
Pak Imam: . ” Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam”Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ… ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di apati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa ) Ana tak perasan ada Zamri dan TS Muhyiddin Yassin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.


Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu diambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ (dia habak dia ustaz MPT: Bior betul beb !-MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta diserahkan pada anak pembesar suara itu, tetapi dia enggan menyebabkan anak meninggikan suara. mengatakan “ana imam di sini”.


Terkejut lalu dia terus menyerahkan ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat “wa’tasimu” (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik kata mereka. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin. DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon Ismal Safian.


Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu…sahabat saya menambah…lepas ni mungkin kena pecat le ana…katanya menamatkan bualan.
Inilah cerita dari mulut insan yang terlibat dan tiada kepentingan dalam cerita ni. Dari dulu hingga kini dan selamanya tak boleh dipercayai. Bacalah dalam blog-blog yang ada dalam Blog MB pun ada, Setpol pun ada…macam macam ada.


Lihatlah bagaimana Zambry telah memutarbelitkan fakta sebenar dan cuba memfitnah Dato' seri Nizar. Rakyat sememangnya tahu cerita yang sebenar kerana pada waktu itu ramai penyokong hadir.


Apa pun persoalannya jelas di sini bahawa pemimpin UMNO sememangnya dangkal dan tidak berapa faham tentang fungsi masjid yang sebenar. Zambry pula dengan riak mengatakan beliau juga boleh menjadi imam dan juga boleh mentafsir. Sebenarnya samada seorang itu layak atau tidak menjadi iman bukan menjadi topik utama kerana apa yang dibuat oleh Dato' Seri Nizar adalah satu tuntutan atas kapasitinya sebagai orang yang arif tentang agama dan hukum hakam. lagipun bukan beliau yang meminta untuk menjadi imam tapi telah diminta oleh imam masjid itu sendiri. Apakah salah sekiranya seseorang yang difikirkan layak menjadi imam bertindak untuk mengimamkan makmum lain termasuk pemimpin UMNO. Zambry sepatutnya rasa bersyukur kerana masih sihat untuk menjadi makmum walaupun terpaksa berada di belakang pemimpin Pakatan rakyat. Allah melihat pada keikhlasan beribadat bukan dari parti mana imam itu.


Ingin saya jelaskan di sini bahawa pemimpin UMNO tidak seharusnya membataskan fungsi masjid. Peranan masjid sebenarnya meliputi semua urusan yang melibatkan kehidupan manusia. Masjid juga boleh digunakan untuk berpolitik dan dijadikan tempat untuk membincangkan tentang pentadbiran dan susun atur kehidupan.


Di zaman sahabat dulu saidina Abu bakar Al-Sidiq juga pernah menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik dan memberi khutbah tentang pentadbirannya setelah diangkat menjadi pemimpin. lihat petikan dibawah.


Ibnu Sa’ad meriwayatkan dalam Tabaqatnya; “Semasa Abu Bakar diangkat menjadi Khalifah, beliau berpidato di hadapan rakyatnya. Setelah bertahmid kepada Allah dan memuji kebesaranNya, beliau berkata; “Wahai sekelian manusia! Aku telah diangkat untuk menguruskan urusan kamu sedangkan aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu.
Namun al-Quran telah turun kepada kita dan Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan sunnahnya untuk kita di mana dia telah mengajarnya kepada kita sehingga kita mengetahuinya. Sedarilah bahawa sebaik-baik kebijaksanaan ialah takwa dan sebodoh-bodoh kebodohan ialah fujur (dosa dan maksiat). Sesungguhnya bagiku orang yang lemah adalah paling kuat di kalangan kamu kerana aku akan membantunya untuk mengembalikan haknya (yang dirampas oleh orang lain). Sementara yang kuat pula bagiku adalah paling lemah kerana aku akan mengambil darinya hak (orang lain yang dirampasnya). Wahai sekelian manusia! Aku adalah pengikut (ajaran Nabi s.a.w.), bukan pembid’ah (yakni yang mereka-reka ajaran baru). Maka jika aku berbuat baik, bantulah aku dan jika aku tersesat, betulkanlah aku”. (Thabaqat Ibnu Sa’ad, bab Zikr Bai’ati Abi Bakr) "



Saidina Abu Bakar bukan sahaja berpidato untuk membangkitkan semangat orang islam tapi juga dengan rendah diri memohon nasihat dan pandangan dari rakyatnya agar membetulkannya sekiranya tersesat. Begitulah contoh yang terbaik dari saidina Abu Bakar dan begitu juga contoh terbaik yang ditonjolkan oleh dato' Seri Nizar.


Apakah ustaz-ustaz dalam UMNO juga terlepas pandang perkara ini sehinggakan takut untuk memberi pandangan dan nasihat kepada pemimpin UMNO yang sudah banyak tersasar atau apakah Dr. Mashitah dan ustaz Firdaus yang cukup hebat dengan pidato dan ceramahnya selama ini masih lagi tidur dan lena dengan kepentingan peribadi sehingga mengorbankan maruah Islam yang dicemari oleh pemimpin UMNO. Sedarkah ustaz-ustaz dan alim ulama' UMNO bahawa mereka ini bertanggungjawab untuk menegur kepincangan dalam UMNO bukan hanya sekadar menjadi tukang "hangguk" sahaja, atau hanya mengiakan walaupun tahu perkara itu salah.


Bukalah kembali kitab-kitab yang ditulis oleh ulama' tersohor tentang peranan masjid dan sikap riak. renungkan lah dan amati lah. Jangan kerana kebendaan yang sedikit di dunia ini yang ditaburkan sebagai ganjaran kita sanggup untuk menutup mata walaupun kita mampu menegurnya.


Dato' Seri Nizar adalah pilihan rakyat yang mewakili semua kaum. Bagi orang Melayu Islam beliau adalah seorang yang mempunyai karisma dan mampu mentadbir dengan baik. seorang yang warak dan rendah diri. Mempunyai prinsip hidup yang kuat. Bagi kaum Cina dan India, Dato' Seri Nizar adalah ikon perubahan dan pemimpin yang berjiwa rakyat yang mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik tanpa mengira bangsa.


Wallahuaalam


Pak katib
30 mac 2009

13 comments:

Mirza said...

Suami ada di sana , dan saya tahu apa yang berlaku...tapi tak payahlah saya buat kecoh kat sini , Saya sungguh sedih hari ini.

Wahai orang politik ..plaese lah....bersifat jujur.

Walau apa pun saya akan print artikel artkel di sini dan edarkan pada orang kampung saya, jemaah masjid tersebut , biar mereka adili siapa yang berbohong siapa yang bercakap benar.

Anonymous said...

hmmm.. masing2 ada cerita dari pihak masing2... tak tahu mana satu yg betul... wallahualam

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
WARUNG PAK KATIB said...

Komen di atas terpaksa dipadamkan kerana terdapat link yang tidak sesuai kepada pembaca lain..diharap pembaca tidak meletakkan link-link yang kurang elok

PARPUKARI said...

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!

WAH NIZAR SARCASTICNYA KAU YA, KATA ALIM, NI TENGOK MACAM NAK TUKAR NAMA JADI AH LIM JE...HE HE HE HE..

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

SIAPA YANG BUAT HURU HARA BONEKA OI? BUKAN KE ASKAR UPAHAN IMPORTED KAU YANG KAU BAWA DARI LUAR TU YANG NAMPAK MACAM GANGSTER DAN SUKA BUAT HAL KAN? TAPI BIASALAH NIZAR KAU DEPAN ORANG BUKAN MAIN PANDAI LAGI MAIN WAYANG KAN, PEHHHH BAK KATA ORANG TUA2 PIJAK SEMUT PUN TAK MATI...TAPI HAKIKATNYA KAU BUSUK HATI!

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

BETUL KE IMAM TU MINTAK KAU JADI IMAM ATAU KAU YANG NAK JADI IMAM? COME ON LA NIZAR, LOKKING AT YOU BRO, WE KNOW WHO YOU ARE...KAU KAN BONEKA? DENGAN ORANG MELAYU ISLAM JE KAU BERANI TUNJUK GANGSTER KAU, DEPAN NGEH DAN NGA..KAU TERUS MENIKUS DAN MENGIKUT SEGALA ARAHAN MEREKA..

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

ALHAMDULILLAH KALAU NIAT MU BETUL, NAMUN JIKA KAU BERNIAT UNTK MENGENAKAN ORANG, APA HUKUMNYA TUAN? MEMPERMAINKAN AGAMA DEMI KUASA?

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

IMAM TELAH UNDANG KE KAU YANG RAMPAS MIC TU NIZAR? KAU NI KUAT BELIT MACAM AL JUBURI WAL LIWATI GAKLA, MEMANG DIA DAH TRAIN KAU DENGAN BAIK SEKALI UNTUK MENJADI PROTEGE DIA! WELL DONE ANWAR THE KUNYIT MAN! YANG KAU SIBUK MASUK MAJLIS ORANG APA HAL NIZAR? KAU FIKIR PERAK NI BAPAK KAU PUNYA?

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

JADI PAKAI SONGKOK TINGGI TU BERDOSA LA YEA, DALAM ISLAM YANG KAU ANUTI TU KENA PAKAI KEPIAH PUTIH JE YA? BONGKAKNYA CARA KAU CAKAP NI! YE KE PIMPINAN UMNO YANG PROTES? TAPI KALAU MEREKA PROTES PUN, DAH MEMANG PATUT PUN, INI MAJLIS MEREKA, KAU MASUK KAU NAK CONQUER, APA PERASAAN KAU NIZAR KALAU MEREKA BUAT YANG SAMA DALAM MAJLIS KAU? AKU BOLEH GERENTI LA, MESTI ADA PENYOKONG KAU YANG BARING ATAS JALAN PUNYA! MUAHAHAHAHA

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

MANA TAK BERANG NIZAR OI! NASIB BAIK ITU DR ZAMBRY, DIA PENYABAR! KALAU MAJLIS AKU ORANG BUAT GITU, HE HE HE, TAULAH KAU LANGIT TINGGI RENDAH! INIKAH PEMIPIN YANG SANGAT DI SANJUBGI OLEH PARTI WEREWOLF? INIKAH CARA ISLAM? MENGANGGU MAJLIS ORANG? ADAKAH NIZAR FIKIR DENGAN BUAT MACAM NI DIA BOLEH TARIK LEBIH RAMAI ORANG ISLAM IKUT DIA? DIA DENGAN CONFIDENT BERKATA SEMUA JEMAAH IKUT DIA KELUAR DARI MASJID TU...WOW, DAMN YOU NIZAR! YOU SOUND LIKE A GANGSTER MAN! PEHHH, DASYAT BETUL YA KAU NI! DAH LA KAU MASUK MAJLIS ORANG PASTU RAMPAS MIC NAK BAGI TAFSIRAN (KONONNYA KAU NAK BAGITAU LA YANG BETAPA HINANYA UMNO NI KAN?) PASTU KAU BOLEH CAKAP PULAK MB BARU KITA MARAH2...CUBA FIKIR DENGAN RASIONAL LAH TUAN-TUAN, KALAU KITA BUAT MAJLIS, ORANG YANG TAK DIUNDANG DATANG DAN NAK JADI TUAN RUMAH, APAKAH DALAM FIKIRAN TUAN-TUAN DIA CUBA NAK BUKTIKAN?

MARI KITA BINCANGKAN, SAYA BUKAN NAK BUAT 'CHARACTER ASSASINATION' YA! TAPI KAREKTER NIZAR NI TAK MENAMPAKKAN KAREKTER SEORANG MUSLIM YANG TAWADHU LANGSUNG, DIA NI PENGIKUT SYIAH! ITU PASAL PENDEKATAN DIA AGAK GANAS! TAPI DIA NI GANAS KAT ORANG ISLAM JE, DENGAN DAP DIA TAAT LA ~ SEBAB DAP ADA KHALIFAH, ADA AGONG SEUMUR HIDUP DAN ADA MACAM-MACAM LAGI...

AKU TAKDE PERKATAAN LAGI DAH NAK GAMBARKAN KAU NIZAR, HANYA PENGIKUT TEGAR DAN TAK BERAKAL JE AKAN SOKONG KAU? AKU NAK TANYA SIKIT LA NIZAR. APAYANG KAU PERJUANGKAN UNTUK MELAYU ISLAM YA? TANAH KAU BAGI KAT KG BARU CINA JE TU PUN 999 TAHUN, TANAH UNTUK SEKOLAH CINA KAU JANJI NAK BAGI 1000 EKAR MASUK MEETING JE NAMPAK DUA KELIBAT WALI NGE DAN NGA TERUS KAU TUKAR PADA 1000 HEKTAR! SETIAP KALI ADA CADANGAN ATAU PEMBERIAN TANAH KEPADA MELAYU ISLAM, KAU TERUS TOLAK KERANA TAK DIRESTUI OLEH DUA DEWATA RAYA TU KAN? TAPI PENGIKUT MU PASTI AKAN KATA EH NIZAR DAH BAGI MACM-MACAM TANAH KAT MELAYU TAU! PERSOALANNYA NIZAR, MANA? SETAKAT AIR LIUR JE..HE HE HE

AKU TAK CAKAP BENDA YANG KOSONG LA NIZAR DAN AKU PERCAYA KAU PUN TAU BENDA INI BETUL NAMUN KAU DEMI NAK BERKUASA DI PERAK MAKA KAU PUN BOHONG LA, BILA AKU DENGAR CERAMAH KAU NIZAR, DASYAT TU, KAU KUTUK UMNO TAK HENGAT PUNYA LA! INIKAH CARA SEORANG IMAM YANG SUKA MENGIMAMKAN SEMBAHYANG? BUKANKAH KITA DI AJAR UNTUK MEMBAWA KELUAR APA YANG KITA BUAT DALAM SEMBAHYANG? AM I RIGHT NIZAR? TAPI MELIHAT PADA PENGAI KAU NI...HMMM AKU TAK NAMPAK PUN KAU NI LAYAK UNTUK DI GELAR IMAM! PERBUATAN MENGADU DOMBA DAN MEMBUAT FITNAH YANG KAU WARISI DARI AL JUBURI WAL LIWATI TU SANGAT BERKESAN NIZAR! MANA TAKNYA, PENGIKUT-PENGIKUT KAU BGITU TAKSUB SAMPAIKAN TERTUTUP HIJAB MEREKA UNTUK MELIHAT APA YANG BENAR DAN APA YANG SALAH...BERTAUBATLAH NIZAR!

KAMU TAU TAK NIZAR KAMI RAKYAT PERAK NI TAK BUTA! KAMI NAMPAK KAU NI ANGKUH! BERLAGAK DAN SOMBONG! KAU TAKDE KUALITI ATAU CIRI-CIRI SEORANG PEMIMPIN ISLAM! INI HAKIKAT! AKU TAU RAMAI DARI PENGIKUT KAU AKAN MARAH, TAPI AKU TAK SANGGUP JADI MANUSIA HIPOKRIT DAN MEMBENARKAN INI BERLAKU! CONTOHILAH SIKAP RASULULLAH SAW WAHAI NIZAR NAMRUD OI!

JANGAN KERANA KUASA KAU MENJUAL AGAMA, NEGERI DAN DIRI, HENTIKANLAH DRAMA WAYANG KULIT INI, TERIMALAH TAKDIR ALLAH YANG KAU BUKAN LAGI MB PERAK!

NIZAR BACA DAN HAYATILAH HADIS DAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURANUL KARIM:

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan
:· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud,
"Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain.
"Sabda Rasulullah S.A.W.,
"Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya.
"Kata Mu'adz,
" Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya? "Sabda Rasulullah S.A.W.,
Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."


PS: Aku dengar dalam borang pencalonan kau tu kau tak letak MB pun ya! he he he, elok la tu, dalam tv pun kau ada sebut yang benda tu dah jadi sejarah kan, tetapi kenapa kau masih berlagak macam MB lagi ni?

KAU GILA TALAK YA? MUAHAHAHAHAHHA

Posting asal Nizar dari blog dia kamparin, aku jawab soalan dia je..yang dalam tulisan hijau tu nizar dan merah aku la sapa lagi...he he he

anjang aki said...

ini dia cara penyokong UMNO yang bernama parpu kari memberi komen. pemikiran sempit dan cukup terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan oleh zambry terhadap Nizar. sedar ke kau wahai parpu kari penyokon UMNO yang berkarat bahawa kau tu masih lagi tak nampak yang UMNO dok tipu kau. kalau nak tahu cerita sebenar..gi la tanya imam tu. tak payah nak buat fitnah dalam ni. berhenti je la jadi penyokong UMNO tu. ikut je la pakatan rakyat. dah tentu ramai tok alim yang impikan syurga. bukan cam pemimpin UMNO..dah tua-tua pun tak reti nak pakai tudung kepala lagi

Anonymous said...

Aku setuju...tanya imam..tak payah la kata..suami aku ada kat sana ke..ko tak ada kat situ tak payah cerita byk..suami ko kalau tipu ko..ko caya juga la...ish..ish...parpu kari...tgk persidangan umno tak...berapa puluh yang bercakap bangga diri..itu ko tak nak kira ke...otak ko letak kat mana...aku doakan ko cepat la mampus...sebab orang cam ko ada kat dunia ni..kira-kira cam dajal juga la...menyesak dan menyusahkan manusia nak menuntut ilmu yang sah dan benar. amin...semua harap aminkan doa aku ni.

Anonymous said...

Ya DS Nizar, aku sokong cakap Parpu Kari. Contohi Rasulullah jangan contohi Zambry. Jauh sekali Parpu Kari ... Hehehe

Kakashi Senpai said...

sahabat Saya ada kat sana masa tu, kami sekarang kempen disini, memang biadap Zamry tak layak jadi MB perak.. Parpukari dalam siasah ko buat kacau kat sini pun nak buat fitnah jugak ke?? apa yang nizar jawap dalam blognya memang benar..

gula masin said...

Komen Parpu kari adalah bukti bahawa penyokong UMNO sebenarnya mempunyai mental yang sangat rendah. hanya tahu menjadi barua UMNO. Parpu kari hanya layak untuk berada dalam kelompok penyokong bermasalah yang hilang arah tuju dan tak ada prinsip. Parpu kari sebenarnya hanya layak berada dalam UMNO sebab parti UMNO sememangnya dah lama hilang arah tuju dan hanya tahu menghunus keris ke hulu ke hilir atas nama ketuanan Melayu tapi yang lahir bukannya Melayu yang kuat dan maju tapi Melayu seperti Parpu Kari

Anonymous said...

sesungguhnya ALLAH MAHA BESAR..
yang BENAR akan tetap BENAR..
yang SALAH akan tetap SALAH..
when the time was coming..somebody will be lonely..