Mak oiii..!!! Bukit Gantang dah penuh dengan orang ramai. dah berduyung-duyung datang dari seluruh pelusuk Malaysia. Semuanya untuk bersama-sama dalam penamaan calon yang akan dilangsungkan esok ( 29 mac 2009). Beberapa jalan akan ditutup bermula malam ni. Saya sekarang ni dah pun sampai ke Bukit Gantang selepas berhempas pulas melepasi beberapa kesesakan jalan raya di sekitar batu 9. Saya bergerak mengikut jalan Pantai Remis. Saja nak tengok perang poster kat sana. Alhamdulillah, Bulan penuh terang benderang. hijau bak sajana alam. Biru dah hampir tenggelam kecuali beberapa llori kontena yang saya follow tadi yang masih berwarna biru.
Yang syoknya, tokeh tokeh ikan yang jual ikan segar kat kawasan pantai remis pun siap berkempen kat kedai dia orang. Penuh bendera PAS dan gambar Tuan Guru kat kedainya. pada hal kawasan tu memang tak mengundi pun. itulah namanya semangat perjuangan. gelombang kebangkita rakyat untuk menumbangkan UMNO bukan sahaja tertumpu di kawasan Bukit Gantang tapi seluruh pelusuk.
UMNO yang bakal berpecah kepada beberapa puak nanti akibat kesan pemilihan agung UMNO yang baru selesai hari ni sudah pasti akan mengiggit jari apabila calonnya gagal menawan Bukit Gantang apatah lagi dari segi pengaruh dan personaliti lebih memihak kepada calon PAS Dato' Seri Nizar yang banyak memenuhi kehendak semua kaum
Nantikan perkembangan terkini penamaan calon esok di warung Pak Katib. Insyaallah..akan di "update" dari masa ke semasa. itu pun kalau tak ada gangguan atau kamera dirampas.
wallahuaalam
Pak Katib
***Minta maaf ..tak dapat nak upload gambar sebab broadband low..******
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
-
Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari
kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik
yang and...
1 year ago
5 comments:
UMNO TU MAJORITI DLM PARLIMEN. UMNO TU PARTI ORANG MELAYU. SEBAB ITU DIAORANG CARI JALAN UNTUK TUMBANGKAN UMNO. CARANYA MACAM SEKARANG NI LA. KALAU TUMBANGLAH UMNO DLM PRU 13. PARTI MAJORITI MELAYU MANA AKAN MENGGALAS PERANAN UMNO DLM PARLIMEN. PKRkah YG BERBILANG KAUM. ATAU PASkah YANG TK CUKUP KORUM LAGI. APA PANDANGAN TUAN?
salam Pak Kati,
Berukband lani memang teruk.Saya d Trong x da signal langsung.Dok sana nak maya blog Pak Katib x leh.
maknanya Malaysia ini tak advance lagi dalam bidang komunikasi...sampai bila pun rakyat Malaysia akan duduk bawah tempurung sebab tak dapat nak acess internet di mana-mana.
sekiranya itu yang ditakdirkan Allah, saya penuh yakin bahawa ada ramai MP UMNO yang baik-baik akan joint dengan PKR dan Pas membentuk kerajaan baru yang lebih berwibawa. Insyaallah.Amin
salam ATAS PAGAR,
sekiranya begitu ketentuan Allah pada PRU13, saya penuh yakin ramai MP UMNO yang baik-baik dan yang sukakan kebaikan dan yang hendak menjadi baik-mereka akan joint PKR dan PAS lalu membentuk sebuah kerajaan baru untuk semua rakyat malaysia.kerajaan yang akan menjadikan malaysia sebagai baldatun thayibatun warabbun ghafur. Insyaallah, Amin.
Post a Comment