Kuala Sepetang-15 Mac, Gotong royong bersama rakyat yang turut dihadiri oleh MB Dato, Seri Ir. Nizar Jamaluddin di Matang Gelugor telah membuktikan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat sentiasa perihatin dan sanggup turun padang bagi bersama-sama rakyat. Gotong royong ini bukan sahaja menghidupkan semangat kerjasama dan tolong menolong dalam masyarakat tapi juga satu perkara yang seharusnya diamalkan oleh masyarakat kita. Gotong royong yang dianjurkan oleh penduduk Matang Gelugor ini akan diteruskan dari masa ke semasa supaya kampung Matang gelugor akan sentiasa ceria.
Turut serta dalam program ini adalah beberapa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sudah pun berkampung di Kuala Sepetang bagi menghadapi Pilihanraya Kecil parlimen Bukit gantang.
Dalam ucapan ringkas Dato' Seri Nizar yang bertempat di Masjid Matang Gelugor, beliau menyeru kepada pengundi-pengundi di kawasan itu supaya menolak Barisan Nasional yang telah merampas Perak dari Pakatan Rakyat secara tidak sah. Beliau juga dalam ucapannya turut mempertikaikan dan menyelar sikap pemimpin UMNO yang sanggup menerima 2 orang Adun Bebas untuk bersama-sama dengan mereka sedangkan selama ini mereka juga telah mengutuk habis-habisan dalam media massa tentang salah laku adun tersebut dalam kes rasuah. "
" inilah sikap sebenar pemimpin BN yang sanggup menelan balik ludah dan kahak"
" Perangai mereka ini lebih dahsyat dari apa yang digambarkan"
Dalam majlis yang sama Datp' Seri Nizar menyampaikan sumbangan ikhlas kepada penduduk miskin yang terpilih bagi meringankan beban mereka.
- Pakkatib
No comments:
Post a Comment