"Belum dapat isyarat"- Perhimpunan besar-besaran dijangka bermula lebih awal



saya belum lagi menerima isyarat dan masih lagi menunggu di bilik hotel. pagi tadi saya dan rakan-rakan sempat bersarapan di kedai mamak bersebelahan dengan hotel. Tinjauan daripada kawan-kawan yang sudah pun berada di Masjid Negara ( melalui SMS) orang sudah pun mula berada di situ dari pagi tadi. kebanyakkannya yang datang dari jauh. ada dari Pantai Timur, dari Selatan dan Utara. Mereka ini juga bertolak malam tadi menggunakan kenderaan persendirian dan wang sendiri ( tak payah ditaja oleh UMNO sebagaimana perhimpunan anjuran mereka). Itulah hebatnya semangat orang-orang dari Pakatan Rakyat. Difahamkan ada juga penyokong-penyokong UMNO yang turut serta dalam perhimpunan ini. mereka juga ada yang bersatu hati secara senyap-senyap bagi menyokong pemansuhan PPSMI yang dilihat menyusahkan pelajar Melayu dan menggadaikan masa depan Bahasa Melayu ini.
Kami dijangka akan keluar dari hotel ini jam 10 pagi dan akan terus menuju ke Masjid Negara. Sambil-sambil tu saya sempat juga merakamkan beberapa keping gambar yang tak berkaitan denan PPSMI. insyallah gambar-gambar perhimpunan nanti akan saya masukkan dari masa ke semasa nanti.

wallahuaalam

pak katib

7 Mach 2009

No comments: