Kuala Lumpur 7 Mac, - Gerakan Mansuh PPSMI yang dipengerusikan oleh Dato' Dr. Hassan Ahmad telah berjaya menghimpunkan ratusan ribu rakyat yang membantah perlaksanaan PPSMI di sekolah. Perhimpunan 100 ribu rakyat ini yang dianjurkan oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) merupakan satu cara bagi rakyat meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan Barisan Nasional yang cuba membunuh Bahasa Melayu dengan memperkenalkan PPSMI di Sekolah. Orang ramai telah mula memenuhi Masjid Negara bermula jam 11.00 pagi lagi dan orang ramai semakin sesak apabila menjelang jam 12 tengahari setelah kehadiran Dato' Dr. Hassan Ahmad ke Masjid Negara. Sebentar kemudian kelihatan sasterawan negara A. samad Said dan tokoh -tokoh akademik lain yang bersama-sama berada dalam perhimpunan ini.
Perhimpunan besar-besaran ini kemudiannya berarak ke Istana Negara selepas sembahyang zohor untuk menyerahkan memorendom kepada Yang Dipertuan Agung Sultan Mizan Zainal Abdidin. Perarakan yang pada awalnya dikawal dengan baik oleh polis akhirnya dicemari dengan tembakan gas pemedih mata oleh FRU sketika hampir dengan kawasan istana. Rata-rata rakyat yang menyertai perhimpunan ini menjadi semakin marah kerana polis telah menganggu perhimpunan ini walaupun ianya telah mendapat permit oleh pihak polis. Tidak dapat difahami dengan jelas kenapa pihak polis telah menggunakan FRU untuk menghalang orang ramai dari menghampiri istana. tapi mengikut laporan yang diterima ianya berpunca dari kebenaran awal polis yang meluluskan permit bagi perhimpuna di Masjid Negara sahaa. Namun begitu, orang ramai rasa kurang senang dengan tindakan pihak polis yang menembak sesuka hati gas pemedih mata sehingga mengena pada wanita , orang-orang tua dan kanak-kanak yang kebetulan berada di situ. Beberapa orang telah ditahan.
Turut hadir dalam perhimpunan ini ialah Pemimpin-pemimpin Pas Pusat Hj. Abd hadi Awang, Mohd Sabu, Mahfuz Omar, Sdr. Nasaruddin Mat Isa, kamaruddin jaafar serta beberapa wakil dari kaum cina. memorendum itu yang pada awalnya tidak dapat diserahkan sewaktu perhimpunan akhirnya dapat dilaksanakan pada jam 2.30 petang yang yang diserahkan oleh Dato' Hassan Ahmad dan A. Samad Said kepada Istana.
kronologi perhimpunan
10.00 pagi - Orang ramai sudah mula memasuki kawasan Masjid Negara dan Pihak Polis telah pun ditugaskan mengawal keadaan.
11.oo pagi- Orang semakin ramai dan pihak polis juga telah mengarahkan kepada peniaga-peniaga di kawasan masjid supaya tidak menjual minuman di situ
12.00 Tengahari- ketibaan Dato' Hassan Ahmad dengan diberi tepukan gemuruh oleh orang ramai.
12.30 tengahari - ketibaan A. samad Said dengan diiringi oleh Unit Amal dan beliau membuat kenyataan bersama-sama dengan wartawan di perkarangan Masjid Negara
1.50 tengahari - Perhimpunan bermula dan ucapan dari wakil Mahasiswa
2.00 Petang - Perarakan bermula menuju ke Istana dengan disertai ribuan rakyat yang membantah perlaksanaan PPSMI.
2. 10 - Polis telah mengarahkan FRU untuk menghalang di kawasan pintu istana. Beberapa kenderaan FRU diletakkan di situ.
2.15 - Tembakan Gas pemedih mata yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari
- Orang ramai sekali lagi meneruskan perarakan ke Istana Negara walaupun ada yang sesak nafas akibat gas pemedih mata.
- Tembakan kedua dilepaskan dan sekali lagi orangramai terpaksa menyelamatkan diri dan kelihatan kanak-kanak meraung dan menangis kerana tidak dapat menahan pedih kesan gas pemedih mata
sekali lagi orang ramai kembali meneruskan perjalanan ke Istana Negara dan akhirnya arahan supaya berkumpul di Masjid Negara sehingga lah bersurai sekitar jam 4.45 Petang.
Pakkatib
7 Mac 2009

1 comment:
salam
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3279
Post a Comment