9 terlibat perhimpunan haram mengaku tidak bersalah

KUALA KANGSAR: Sembilan lelaki yang terlibat dengan perhimpunan haram berdekatan Istana Iskandariah Jumaat lalu, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini.
Kesemua mereka meminta dibicarakan.
Sembilan lelaki terbabit termasuk warga Indonesia ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan haram di berdekatan istana tersebut di Jalan Istana, Bukit Chandan Jumaat.
Mereka yang berusia antara 22 hingga 55 tahun adalah antara beribu-ribu penyokong Pakatan Rakyat yang berhimpun secara haram bagi membantah majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

sumber : mstar

No comments: