dari Kuala Terengganu Ke Changkat Jering dan Behrang


Pilihanraya kecil Kuala Terengganu baru sahaja berakhir. Di kedai-kedai kopi masih lagi hangat penganalis-penganalis bebas membuat analisa dan pandangan. Apa yang menarik kerusi Parlimen KT telah pun ditangan PAS dengan majoriti yang lebih besar.
Sebenarnya kemenangan PAS pada pilihanraya kecil di KT telah pun dijangka. Persepakatan dalam pakatan rakyat telah membantu memberi kemenangan yang besar kepada PAS. Apa yang lebih menarik ialah PAS telah digerakkan oleh satu semangat yang luar biasa dari semua rakyat bukan sahaja di Kuala Terengganu tetapi dari serata pelusuk tanah air yang berduyung-duyung ke Kuala terengganu bagi memberi sokongan moral kepada PAS.
Di sepanjang jalan pula bendera hijau berlambang bulan berkibar megah. poster-poster dan sepanduk sudah cukup jelas memberi gambaran tentang kemenangan PAS. Jentera PAS telah berkerja siang dan malam bagi memastikan kemenangan PAS di Terengganu. BN sebenarnya perlu
membuat perubahan yang besar sekiranya ingin merampas kerusi Kuala Terengganu. Kempen-kempen BN masih lagi di takok lama. Pengundi sekarang sudah bijak. mereka ini tak mudah digula-gulakan . Kempen pembangunan dan pemberian bantuan atap sebagaimana yang tercatat di Bilboard UMNO sedikit pun tidak mempengaruhi pengundi. Sebenarnya UMNO perlu sedar bahawa apa yang diberikan oleh UMNO sebenarnya adalah tanggungjawab bukannya untuk digembar gemburkan. Siapa pun yang jadi pemimpin perlu menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang terbaik untuk rakyat.
Kekalahan BN pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu sekaligus akan memberi kesan psikologi yang mana BN sebenarnya bukan lagi parti yang mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat. BN tidak lagi releven dan BN perlu kepada perubahan. Wakil-wakil rakyat BN perlu sedar dan insaf. Media masa BN pula jangan terlalu extream menghentam negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Hudud pula jangan jadi bahan mainan. Apa yang diperjuangkan oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Alquran. kenapa perlu dipertikaikan lagi.
Sebenarnya kalau nak dibandingkan wakil rakyat BN dan PAS jauh bezanya. Wakil rakyat BN terlalu sukar untuk jumpa. nak jumpa pun terpaksa berhadapan dengan body guard dan kuncu-kuncu. Wakil rakyat PAS dan pakatan rakyat tak perlu kepada body guard. mereka ini senang untuk didekati dan ada antara mereka ini memberi bantuan tanpa perlu publisiti.
Apa yang menyedihkan di kalangan wakil rakyat BN, sewaktu berkempen setiap hari masuk kampung dan memberi khidmat kepada rakyat tapi malangnya selepas pilihanraya hilang entah ke mana. macamana nak dapatkan keyakinan daripada rakyat.


Tumpuan seterusnya adalah terarah kepada pilihanraya kecil changkat jering dan Behrang yang bakal diadakan tidak lama lagi. Hari ini SPR telah pun menerima surat rasmi tentang kekosongan kedua-dua kerusi tersebut setelah ADUN Changkat Jering dan Behrang meletak jawatan. walaupun isu perletakkan jawatan ini masih menjadi kontroversi namun kemungkinan besar SPR akan meneruskan pilihanraya kecil di kedua-dua kawasan tersebut.


sekiranya ianya menjadi kenyataan maka bermula lah perang baru di antara Pakatan Rakyat dan BN. sudah pastinya perang saraf akan mula bergerak. inilah yang dinamakan demokrasi. rakyat diberi hak dan peluang untuk memilih siapa yang dirasakan berhak menjadi wakil mereka.
Pastinya untuk pilihanraya ini Pakatan Rakyat akan terus mara dan mampu menjadi satu parti yang kuat dan akan terus memberikan khidmat yang baik kepada masyarakat.




pak katib


No comments: