Perak di ambang pilihanraya - Apakah akan ada pembubaran DUN ?

Situasi yang berkecamuk di Perak dengan wujudnya beberapa lagi siri krisis perundangan tentang hak dan peranan speaker dalam menentukan kehadiran 7 Adun BN ke sidang dewan masih lagi dalam perdebatan umum. Beberapa pakar undang-undang dan speaker-speaker di beberapa buah negeri naungan BN merasakan bahawa speaker DUN Perak tidak mempunyai kuasa menjatuhkan hukuman ke atas exco terbabit selagi tidak di bawa ke sidang DUN.
Perdebatan melalui media massa ini berterusan tanpa nokhtah apabila Majlis peguam dan penganalisis-penganalisis politik dari universiti tempatan memberi hujah bahawa penggantungan exco terbabit adalah kuasa speaker dan tidak boleh dicabar di Mahkamah.

Persoalan-persoalan begini semakin hari semakin kabur tentang peruntukan sebenar yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Sekiranya speaker Dun Perak dipihak yang benar dari segi perundangan maka sudah tentu akan berlaku satu lagi peralihan kuasa di Perak yang memihak kepada pakatan Rakyat apabila diusulkan undi tidak percaya kepada MB Zamry dengan pakatan rakyat berkelebihan 4 kerusi berbanding BN yang hanya diwakili oleh 24 Adun termasuk Adun bebas. Keadaan ini akan mewujudkan satu suasana politik yang semakin tenat yang memaksa rakyat perak kian tersepit dengan krisis kerajaan yang tak berkesudahan ini.

Sekiranya kerajaan Perak kembali kepada pakatan rakyat melalui undi tidak percaya sudah pasti drama ini berlanjutan lagi bilamana 7 adun ini yang habis tempoh penggantungan akan kembali ke sidang dun dan menyebabkan sekali lagi majoriti adun BN melebihi pakatan rakyat dan memaksa pakatan rakyat tunduk kepada undi tidak percaya kepada pakatan rakyat pula. Belum habis dengan isu ini, speaker dari pakatan rakyat sudah pasti akan menggunakan peruntukan undang-undang yang ada bagi menghalang mana-mana Adun dari BN yang difikirkan boleh dijadikan sabit untuk dihalang dari menghadiri sidang dewan memandangkan dua adun dari Bebas masih lagi dalam kes mahkamah terhadap tuduhan rasuah. Perkara ini akan berulang sehinggalah kepada pilihanraya ke 13.

Kemelut politik antara BN dan Pakatan Rakyat ini sudah pasti akan memberi impak yang besar kepada rakyat dan negeri perak khususnya dalam menghadapi krisis ekonomi global dan merancakkan lagi pembangunan di negeri Perak. Satu jalan keluar yang terbaik ialah menyerahkan kembali kuasa pemilihan kerajaan perak kepada rakyat dan biar rakyat yang menjadi hakim kepada permainan "sorong papan tarik papan ini". Perkara ini sudah lama difikirkan oleh Pakatan Rakyat di bawah Dato' Seri Nizar jamaluddin. Sultan sepatutnya memperkenankan permohonan beliau kerana inilah jalan terbaik bagi kedua-dua parti politik serta rakyat perak dalam menjamin kestabilan politik di Perak. Rakyat lah yang berhak menentukan siapa yang layak tanpa perlu merujuk kepada undang-undang negeri Perak yang dilihat masih kabur. Penasihat undang-undang negeri Perak sampai sekarang ini pun masih belum berani untuk membuat kenyataan tentang keesahan undang-undang tubuh negeri perak berkaitan dengan perlantikan MB Zamri.

Walaupun dihebahkan melalui media massa bahawa penasihat undang-undang terikat dengan statusnya sebagai pegawai kerajaan yang tidak boleh membuat kenyataan akhbar tentang undang-undang tubuh negeri tapi kita sebenarnya sudah faham bahawa perkara ini adalah terlalu sukar untuk diperjelaskan bak kata pepatah " diluah mati mak, ditelan mati bapa" jalan terbaik ialah mendiamkan diri. Apa pun keadaannya, Rakyat perlu diberi hak untuk menentukan kerajaan pilihan mereka. Bubar Dun adalah jalan terbaik.

Pengundian semula sudah pasti tidak akan mencetuskan huru hara di Perak dan rakyat perak akan menerima siapa sahaja yang bakal mentadbir Perak sekiranya keputusan pilihanraya memihak kepada parti yang menang.

wallahuaalam

pak katib

21 Feb 2009

No comments: