"The making of Perak State The Movie"

Episod baru bagi musim ke dua sekali lagi rakyat dihidangkan dengan drama baru yang masih belum pasti kesudahannya. Kali ini menjadi lebih serius apabila 7 adun dilarang dari menghadiri sidang DUN atas kesalahan menghina DUN setelah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan kebebasan Dewan Undangan Negeri Perak. Penggantungan ini sekali lagi telah mencemaskan BN kerana kerusi yang bakal diisinya nanti apabila sidang DUN hanya 24 berbanding 28 Pakatan Rakyat dan akan mengundang kepada kemungkinan undi tidak percaya.

Keputusan speaker ini telah mengejutkan banyak pihak khususnya BN yang mula menafsir undang-undang mengikut acuan sendiri. Penganalisis -penganalisis politik pula telah memberi tafsiran-tafsiran yang berbeza seolah-olah undang tubuh negeri tidak begitu jelas kepada mereka. Professor Azizi Bari pula bersetuju dengan tindakan speaker DUN Perak atas alasan bahawa speaker mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian. Sekali lagi episod ini mengeruhkan lagi politik Perak dan kerajaan baru sekarang sudah menjadi "cacing kepanasan" sehinggakan MB Dato Zamry ingin membawa kes ini ke mahkamah. Rakan-rakan beliau dari BN pula sudah pandai melatah dan Nazri Aziz dalam kenyataannya mengatakan bahawa keputusan speaker inn sebagai " kelakar" kerana berpendapat bahawa speaker ini telah menjadi hakim sendiri sebelum terlebih dahlulu merujuk kepada sidang dewan. Maka berjela-jelalah huraian undang-undang tubuh negeri diperjelaskan dan difahamkan mengikut acuan BN.

Persoalannya sekarang kenapa baru sekarang BN baru pandai menghuraikan undang-undang tubuh negeri. apakah kerana isu ini telah terpalit ke muka BN atau BN sudah kian tersepit dan bakal tumbang di Perak. Kenapa sewaktu pembentukan kerajaan dulu, BN tidak menggunapakai undang-undang tubuh negeri. Sekiranya BN menganggap bahawa keputusan speaker ini salah dan tidak sah bermakna kerajaan yang ditubuhkan oleh BN juga tidak sah.

Kalau dalam ilmu feqah " khinzir itu haram, bermakna segala komponen yang ada pada badan khinzir itu juga haram termasuklah juga menjual khinzir. Pemahamam undang-undang mengikut acuan sendiri ini pun dah dikira sebagai tidak menghormati kepada undang-undang yang selama ini menjadi panduan dalam penubuhan negeri. BN Perlu muhasabah diri dan selepas ini tidak mustahil Dato, Zamry Bakal menjadi Menteri Besar paling singkat dalam sejarah politik negara.

Wallahuaalam

pak katib

19 Feb 2009

1 comment:

Zulmedia said...

Salam Pak Katib,
Ini lah yang memeningkan UMNO, kenapa buat silap masa beli ADUN. Buat apa beli sekor Tino dan dua ekor Jaten yg tak berguna, sepatutnya mereka belilah speaker skali.
Ni penasihat Najib apa pasal lantik yang tak cerdik. Tengok apa dah jadi pd kerajaan BN Perak. Kome tak tahu kah speker ada kuasa dalam dewan.

Manusia merancang, Tuhan yang menentukan.