Majlis Angkat Sumpah MB baru- Rakyat Perak Bantah




Kuala Kangsar-6 Feb, Rakyat Perak hari ini telah keluar beramai-ramai di perkarangan masjid yang berhampiran dengan Istana bagi meluahkan rasa tak puas hati atas perlantikan Menteri Besar yang Baru kerana ianya adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Rakyat Perak telah keluar dan membanjiri Masjid Ubudiyah serta bersembahyang Jumaat bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat. Setelah selesai sembahyang mereka telah berarak dan melaungkan "Allah Hu Akbar" dan "Reformasi" sebagai tanda protes kepada majlis angkat sumpah Menteri Besar BN yang baru. Polis telah mengerahkan seberapa banyak mungkin anggotanya untuk mengekang kemaraan rakyat ini daripada menghampiri istana.

Polis FRU telah melepaskan gas pemedih mata dan menyebabkan beberapa orang cedera. Difahamkan 9 orang telah ditangkap dalam perhimpunan ini.

No comments: