Iklim Politik Malaysia yang masih berjerebu semenjak akhir-akhir ini telah memberi impak yang besar kepada ketelusan demokrasi di Malaysia. Rentetan isu yang bermula di Perak, Kedah sehinggalah ke Selangor telah mencemarkan proses demokrasi dan suara rakyat di negara ini. Isu-isu jalang sehingga meceroboh hak privasi seseorang. Kita tak tahu di manakah ilmu pencerobohan hak ini diambil. Apakah orang -orang politik sudah kian terdesak dalam mendapatkan tempat di arena politik.
Orang-orang politik harus tahu membezakan antara percaturan yang bersih dan percaturan yang kotor. Permainan politik dayus tidak akan membuahkan hasil yang membanggakan. Rakyat di abad ini sudah pandai bertutur dalam bahasa kebenaran. Orang politik jangan membudayakan politik sumbang kelak hukuman akan dipikul dibahu sendiri.
Kes pencabulan hak privasi YB Eli sebenarnya perlu dilihat dalam konteks yanglebih luas. Perbuatan merakam gambar secara tidak sah ini akan dilabelkan sebagai perompak " Hak privasi" yang akan menjadi ketakutan semua pihak bukan sahaja orang politik tapi juga masyarakat umum. Kecanggihan teknologi tak seharusnya disalah guna. Mereka perlu menafsir tentang perasaan mangsa, keluarga mangsa dan orang-orang yang mengenali mangsa. Jangan kerana sesuatu agenda untuk kepentingan diri kita lupa akan kesannya kepada masyarakat. Pengalaman yang dilalui oleh Chua Soi Lek harus dijadikan iktibar yang mana klip videonya telah tersebar luas di internet. Syabas buat Dato' Chua kerana berjaya menghadapi cabaran dari musuh-musuh politik dan tahniah kerana berjaya mendapatkan kepercayaan sehingga terpilih menjadi orang penting dalam MCA.
Buat YB Eli, Perletakkan jawatan bukanlah jalan terbaik. YB Eli seharusnya mengekalkan jawatan yang disandangnya sekarang dan jangan takut menghadapi cabaran begini. Dalam politik inilah "rencah" perlu kita hadapi. Perletakkan YB Eli ini sebenarnya hanya akan memberi kemenangan kepada orang yang merancang dan mengedar gambar beliau. Pemimpin-pemimpin dan penyokong dalam Pakatan rakyat akan tetap bersama YB Eli dalam menghadapi senario sebegini.
Andainya ianya merupakan satu perbuatan yang mempunyai agenda politik semata-mata untuk memberi laluan kepada pilihanraya kecil ( Sekiranya perletakkan jawatan itu diterima) bermakna pendekatan ini adalah terlalu menjijikkan dan suatu "trend " politik kotor yang sudah mula menular dalam masyarakat kita.
Kita perlu berbalik kepada corak demokrasi yang diterima ramai. Parti yang kalah dalam pilihanraya perlu memperbetulkan kesilapannya dan parti yang menang perlu memberi perkhidmatan yang terbaik. Jauhkan dari berpolitik gaya " Babi Tunggal" yang hanya tahu menyondol tanpa mengambil kira hak dan kawasan ladang orang.
"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul", bagi yang memandang, carilah ikhtiar untuk membantu dan bagi yang memikul carilah jalan untuk meringankan beban. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Pakatan Rakyat harus bersatu dan jangan undur walau setapak dalam menegakkan keadilan dan kebenaran.
Pak katib
21 Feb 2009
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
-
Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari
kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik
yang and...
1 year ago
No comments:
Post a Comment