Budaya " Samseng" Dalam BN


Mungkin kita tidak terlalu terkejut apabila akhbar melapurkan tentang tindakan beberapa orang ahli Parlimen dari sayap pemuda BN mengepung Karpal Singh kerana tidak puas hati terhadap orang kuat DAP ini yang menganggap pemuda UMNO sebagai "Celaka".


Perkataan" Pemuda UMNO celaka" yang diucapkan oleh karpal singh ketika dalam parlimen telah mencetuskan kemarahan di kalangan pemuda UMNO dan mencabar karpal Singh membuktikan sekiranya ia adalah angkara Pemuda UMNO dalam kes dua butir peluru yang dihantar kepada Karpal. Susulan daripada ungkapan" celaka" ini Karpal Singh telah dihalang dan dikepung sehingga memaksa Ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun campurtangan bagi mempertahankan Karpal.


Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja dari sikap sebenar kelompok UMNO-BN dan kebetulan pula berlaku di parlimen. Apa yang jelas rakyat Malaysia sudah pun dipertontonkan melalui laman web youtube yang memaparkan banyak lagi sikap biadab dan kurang ajar pemimpin -pemimpin dari BN ini.


Mungkin kita masih ingat beberapa insiden yang belaku di Kelantan. Terengganu, Pahang, dan beberapa negeri lain. Sikap tidak professional ini menzahirkan bagaimana pemikiran dan kaedah penyelesaian masalah pemimpin UMNO adalah ditahap yang terendah.


Saya senaraikan di sini beberapa insiden yng dipetik aksi dari youtube.


1. Insiden di DUN kelantan ( Kejadian sepak-menyepak ) oleh YB Nozula Adun BN terhadap Adun PAS ( rujukan :http://www.youtube.com/watch?v=1kJTsqJvA6Y)


2. Kes di DUN Terengganu ( Ahmad saidAdun BN ( sekarang MB Terengganu) telah mengajak Adun PAS YB. Abd Wahid Endut bertumbuk) sila rujuk di :http://www.youtube.com/watch?v=orT606GY2rs


3. kejadian ditempat penamaan calon ( Menteri Besar Pahang Dato Adnan Yaakob menunjukkan syarat lucah bertujuan untuk provokasi) sila rujuk :http://www.youtube.com/watch?v=sExy0RhEbsc


4.Pergaduhan antara sesama MCA sewaktu mesyuarat ( sila rujuk you tube)


Persoalannya ialah apakah penyokong-penyokong UMNO-BN cukup selesa dengan pemimpin-pemimpin sebegini. Apakah mereka ini mampu membela nasib Melayu dan rakyat Malaysia sekiranya mereka sendiri tidak dididik dengan adab dan sifat yang lemah lembut. Apakah BN lebih seronok apabila digelar parti " Samseng"?


Sekiranya Malaysia diperintah oleh orang-orang sebegini tak mustahil sewaktu hari nanti Malaysia akan dipenuhi dengan kaki-kaki pukul dan sebagainya seperti kata pepatah "guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari". Rakyat seharusnya sedar dan perlu menjauhi pemimpin-pemimpin sebegini agar masa depan Malaysia tidak rosak oleh "gengsterisme" yang di bawa oleh sesetengah pemimpin UMNO-BN.


Parti yang memberi kerosakan dan kemudharatan perlu kita tinggalkan dan bertukar lah kepada parti yang mampu memberi jaminan kepada bentuk peradaban yang mulia dan tinggi serta berasaskan musyawarah dan rundingan sopan apabila berhadapan dengan isu-isu yang melibatkan pertelingkahan. "Carilah itik yang mengajar anaknya melintas jalan bukannya mencari ketam yang mengajar anaknya berjalan".



Wallahuaalam



Pak Katib


27 Feb 2009





2 comments:

Unknown said...

Salam Pak Katib..
Memang patutlah Pemuda UMNO gertak Karpal Singh, sebab Karpal kata Pemuda UMNO celaka dan tuduh mereka hantar peluru, sedangkan Karpal tak ada bukti.

Orang PR pun kalau dikata celaka dan dituduh tanpa bukti pun boleh marah.

Saya nak ingatkan Pak Katib menulis tu hendaklah berpaksikan kebenaran, jgn taksub kepada parti. Orang PR pun buat salah juga. Kalau orang UMNO pun taksub dan PR pun taksub pada parti masing-masing perubahan yang berlaku sekarang tak kan kemana.

Mat Jet

Anonymous said...

Mat Jed tu lak...bila nak berubah atau sememangnya dah taksub kat yg xnak berubah...