Ipoh 6 Feb, Kerajaan Haram BN yang telah merampas Perak secara tidak sah dari Pakatan raya tidak akan bertahan lama. Demikian ucapan yang begitu bersemangat MB perak dalam satu perhimpunan rakyat yang diadakan di kediaman Rasmi MB di Ipoh malam tadi
Perhimpunan ini telah dihadiri oleh ribuan penyokong pakatan rakyat yang telah mula membanjiri perkarangan rumah kediaman MB seawal jam 6.00 petang lagi.
Perhimpunan yang turut dihadiri oleh pemimpin -pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat telah membangkit satu semangat yang jitu dan kuat di kalangan penyokong dan akan tetap bersama PR. Menurut Dato seri Nizar lagi, ini adalah permulaan dan kita akan menjelajah ke seluruh Perak untuk memberitahu kepada rakyat bahawa BN telah merampas kerajaan secara tidak sah. Beberapa siri ceramah akan diadakan dari masa ke semasa dan akan tetap lawan BN.
Ribuan penyokong yang terdiri daripada Melayu Cina dan India serta dari kaum lain yang berada di dalam dan luar dewan telah memberi tepukan yang gemuruh serta membuat ikrar akan sentiasa bersama PR.
Pak katib
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
-
Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari
kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik
yang and...
1 year ago
No comments:
Post a Comment