Changkat Jering-15 Feb, Perasaan meluat dan rasa marah kepada BN dan juga Adun Osman Jailu yang berpaling tadah telah menjadi bualan di kedai-kedai kopi. Rata-rata pengundi Changkat Jering merasakan bahawa BN telah menggunakan taktik yang paling kotor dan pengundi Changkat Jering pasti akan menghukum BN dalam pilihanraya Kecil MP Bukit Gantang nanti.
Kemarahan pengundi changkat jering bukan sahaja diluahkan melalui mulut tapi juga dengan kain rentang yang tertulis " Ya ALLAH kami di khianati, kami dizalimi oleh Osman Jailu, Ya ALLAH kembalikanlah pengkhianatan ini kepada Osman Jailu dan hancur leburkan barisan mereka" dan adu satu lagi kain rentang yang tertulis " SEKARANG AKU DAH KAYA!!! dan di bawahnya ditulis " Ikhlas dari : YB Kapten (B) Mohd Osman Jailu, ADUN Lompat Changkat Jering.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Brahim memberitahu bahawa, kain rentang itu sengaja dipasang sebagai tanda kemarahan pengundi Changkat Jering kepada ADUN tersebut serta BN yang menjadi punca sebenar. Menurut beliau lagi, Osman Jailu dah lama tak balik sebab takutkan pengundi di Changkat Jering dan difahamkan sekarang ini beliau telah dikawal ketat oleh orang-orang BN kerana takut sesuatu yang buruk terjadi akibat kemarahan orang ramai.
Sekitar Changkat Jering sekarang ini sudah pun bermula kempen tak rasmi yang mana ada sesetengah tempat telah pun dinaikkan poster dan difahamkan rumah-rumah sewa dan hotel-hotel telahpun dirisik oleh kedua parti yang akan bertanding bagi tujuan untuk digunakan petugas-petugas dan penyokong-penyokong yang dijangka dari seluruh negara akan berkampung di Bukit Gantang

No comments:
Post a Comment