Inilah sebenarnya yang diperkatakan banyak pihak. Serangan peribadi terhadap Elizebeth Wong sedikit sebanyak menjejaskan kreadibiliti adun dari PKR ini dan memaksa beberapa mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh beberapa pemimpin tertinggi PKR bagi menentukan masa depan politik beliau.
Serangan peribadi ini samada bermotifkan politik atau pun tidak bukan lagi persoalan tetapi Elizebeth perlu menjadikan perkara ini sebagai satu cabaran dalam politik yang sudah pasti akan terdedah dengan risiko dan mereka yang sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan seseorang. Adun dari Bukit Lanjan ini sebenarnya perlu bersedia menghadapi sesuatu isu ini dengan lebih berani asalkan beliau berada dipihak yang benar. Musuh-musuh politik dari BN akan sentiasa memerhatikan dan mencari peluang untuk menjadikan isu ini sebagai pekara yang memalukan walaupun bukanlah kesilapan datang dari tuan punya.
Orang-orang dari BN yang kini sudah pun mengetuk canang supaya Elizebeth letak jawatan. Ini merupakan tekanan terbaru dari BN selepas beberapa tekanan telah diberikan kepada adun PKR sebelum ini. Pemimpin -pemimpin dalam pakatan rakyat khususnya PKR perlu memberi suntikan semangat yang kuat untuk beliau terus kekal memagang jawatan tanpa menghiraukan tekanan dari BN yang semestinya mempunyai agenda yang tersendiri. Pakatan Rakyat perlu bersatu hati menangani isu ini dan rakyat juga jangan mudah terpedaya dengan khabar-khabar angin yang sebenarnya merupakan satu lagi perang saraf untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Sekiranya Elizebert meletak jawatan, ini bermakna beliau kalah dengan tekanan dan BN pula akan senyum lebar kerana pilihanraya kecil akan diadakan di dun Bukit Lanjan. Walaupun kemenangan belum tentu milik BN tapi yang pasti mereka ini akan menggunakan strategi dan taktik-taktik kotor sewaktu berkempen dan isu gambar bogel ini akan dimainkan berkali-kali di televisyen milik kerajaan.
Keberanian dalam menegakkan kebenaran adalah perjuangan yang sebenar. jangan takut dan gentar. Pakatan Rakyat akan tetap menjadi pilihan rakyat walaupun diancam dengan fitnah-fitnah yang dahsyat.
pak katib
17 feb 2009
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
-
Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari
kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik
yang and...
1 year ago
1 comment:
anjing selalu makan makanan kotor, maka tidak peliklah tsunami PRU12 menjadikan BN demam dan kemaruk makanan. kelaparannya akan menyebabkan BN akan meratah apa saja.
Post a Comment