Akhirnya Elizebeth Wong meletak jawatan exco Pelancongan dan adun Bukit Lanjan. Setelah 48 jam bertarung dalam tekanan banyak pihak khususnya parti lawan YB Eli membuat tawaran dan surat tawaran perletakan jawatan telah pun dihantar kepada MB Selangor.
Perletakan YB Eli ini sebenarnya telah pun ditunggu-tunggu oleh BN di Selangor. Sudah pasti Pilihanraya kecil Bukit lanjan akan diadakan untuk memilih wakil rakyat baru. Nampaknya awal tahun 2009 ini kita telah dihadiahkan dengan 3 pilihanraya kecil yang kesemuanya di "Bukit". Itulah uniknya demokrasi di Malaysia.
Peperangan di tiga "Bukit" ini sudah pasti akan disajikan dengan pelbagai isu dalam kempen-kempen yang bakal diadakan secara rasmi selepas penamaan calon nanti. Tiga "Bukit" membawa kepada tiga isu berbeza. Bukit gantang sudah pastinya akan menjadi tumpuan ramai kerana di kawasan parlimen itulah terletaknya DUN Changkat Jering yang telah mengubah iklim politik negeri Perak. BN berkemungkinan akan menggunakan isu derhaka dalam menawan Bukit Gantang walaupun pada hakikatnya masih belum jelas siapa sebenarnya yang menderhaka ( sila rujuk kenyataan Tg Razali Hamzah dalam mstar) tapi bagi BN di perak, pakatan rakyatlah yang menderhaka dengan bersandarkan keengganan Dato Seri Nizar meletak jawatan, kebangkitan rakyat di Kuala kangsar dan hasrat Karpal Singh yang ingin menyaman sultan. BN sebenarnya sudah lupa tentang sejarah siapakah sebenarnya yang mengheret raja-raja melayu sehingga hilang kekebalan raja-raja pada 1993 dahulu.
Di Bukit Selambau pula, mungkin trend yang cuba dihidupkan oleh BN ialah isu skandal bekas adun dulu yang kononnya pemimpin PKR cenderong kepada perkara-perkara yang mengaibkan. Isu penebangan hutan di kawasan tadahan air dan beberapa isu yang mungkin dirasakan BN boleh digunakan untuk memancing pengundi. Apa yang lebih menarik nanti BN akan sekali lagi seperti mana yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu menggunakan gula-gula getahnya serta janji-janji kosong. Projek-projek segera juga sudah pasti akan datang melimpah ruah di Bukit Selambau. Beruntung nampaknya pengundi di kawasan Bukit Selambau. Batu asas -batu asas perasmian pula akan memenuhi di setiap tanah-tanah kosong yang sudah pasti akan dikhabarkan tentang projek itu dan ini dan kemudianya batu asas ini akan jadi batu nesan.
Mungkin lebih baik pengundi Bukit Selambau tanya orang Permatang Pauh, apakah sudah ditunaikan atau belum janji-janji sewaktu kempen pilihanraya BN dahulu? Apa pun seperti kata Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz dalam ceramahnya " bagi basikal kita gatih (kayuh), Bagi kain kita paka ( pakai), bagi pitih ( wang ) kita ambik ( jangan niat terima rasuah), bagi rumah kita duduk, pakoh ( pangkah atau undi) tetap Pakatan Rakyat"
Peperangan di Bukit Lanjan masih lagi belum diputuskan lagi sebab pengesahan dari speaker masih belum dibuat dan SPR juga belum lagi menerima perishtiharan kekosongan DUN Bukit Lanjan. Sekiranya menjadi kenyataan maknanya isu panas ini lah akan menjadi topik panas. Pembukaan ladang Babi, walaupun sebelum ini ( sewaktu MB BN dulu) telah pun dicadangkan pembukaan ladang babi ini cuma pakatan rakyat meneruskan sahaja perancangan yang telah dibuat oleh BN dulu.
BN perlu ingat, tiada salahnya bagi orang bukan Islam membela babi. orang-orang dalam BN juga ada yang bukan Islam. kenapa ianya dijadikan isu. Apakah Dato Khir Toyo fikir yang kawasan jajahan BN dulu tak ada langsung ladang babi. Tepuk Dada tanyalah Choi Soi Lek. Sebenarnya BN perlu matang fikir bukannya hanya pandai bermain dengan isu-isu yang remeh temeh. BN perlu buka mata dan melihat ke hadapan serta nasib pelajar yang terdera dan tertekan akibat PPSMI yang mendapat bantahan ramai. Apak BN masih lagi ego atas nama orang politik yang memperkealkannya sebelum terlebih dahulu merujuk kepada orang-orang dalam bidang bahasa ( Khususnya cendiakawan dan mereka-mereka yang berada di DBP).
Apakah BN masih lupa berapa banyak wang telah dibazirkan untuk menjayakan PPSMI sedangkan nasib pelajar Melayu di Sekolah makin hari makin tenat. Apakah BN mahu menguburkan Bahasa Melayu di bumi sendiri sedangkan orang Jepun, China dan Negara-negara lain tetap bermegah dengan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa ilmu.
Apa pun natijahnya, rakyat dan pengundi di ketiga-tiga "Bukit" ini sudah cukup bijak untuk membuat pilihan. mereka ini tidak mudah terpengaruh dengan hidangan "berita segera" yang bertapis dan dipancarkan di media massa BN khususnya TV3 dan RTM. Mereka sudah celik IT dan menerima maklumat terus dari internet. Pengundi ketiga-tiga bukit ini sudah pandai berlari dan mencari sendiri maklumat untuk disalurkan kepada kawan-kawan dan teman-teman agar mereka ini mendapat penjelasan dan berita yang sebenar. Ramai yang dah tahu jadi "Bloger" dah pandai menulis walaupun kadang-kadang canggung bahasanya, dah tahu mengkritik dan membuat analisis serta hipotesis. Rakyat sudah tahu apakah definisi " Hak" dan "Kebenaran".
Selamat berjuang dan menegakkan keadilan di Bumi Malaysia dengan apa cara sekali pun. "Berkerat Rotan berpatah Arang", "berpantang mati sebelum ajal" Lawan tetap lawan hinggalah kebenaran dan keadilan tertegak di bumi Malaysia.
wallahuaalam
Pak Katib
18 Feb 2009
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
-
Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari
kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik
yang and...
1 year ago
No comments:
Post a Comment