BN zalim dan yang menyokong BN juga zalim-Dato Seri Nizar


Titi Gantung, Bota- 23 Feb, "Barisan Nasional di bawah Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak merupakan satu kerajaan yang zalim dan tidak boleh dipercayai. Bukan sahaja berlaku zalim kepada rakyat perak melalui rampasan kuasa tapi juga kepada seluruh rakyat Makaysia kerana meruntuhkan demokrasi dan melanggar undang-undang Tubuh kerajaan negei Perak". Demikian ucapan yang bersemangat Dato Seri Nizar Jamaluddin di hadapan ribuan pengundi dan penyokong di kawasan dun Bota di Titi Gantung malam tadi. Dalam ceramah ini juga Dato Seri Nizar mendedahkan bagaimana taktik BN yang jijik dan kotor terhadap adun Bota Dato Nasaruddin dengan menculik dan menipu Dato' Nasa bahawa Raja Muda Perak ingin berjumpa tapi Dato' Nasa telah di bawa ke Putrajaya bagi memujuk beliau supaya kembali menyertai UMNO. Kezaliman dan perancangan jahat BN ini telah menyebabkan orang Perak cukup muak dan menyertai Pakatan Rakyat.


Dalam majlis yang sama Dato Seri Nizar menerima borang keahlian daripada ahli UMNO yang telah meninggalkan UMNO dan menyertai Pakatan rakyat. Ceramah ini adalah merupakan siri penerangan beliau dan beberapa pemimpin Pakatan rakyat tentang isu semasa dan perkembangan terbaru konflik dan krisis perundangan di Perak - PK

No comments: