Saya tertarik dengan tulisan "nickname : mag" yang dihantar ke TKO tentang wujudnya satu perebutan baru dalam kerusi exco BN. Saya bersetuju dan berpendapat bahawa ini merupakan permulaan kepada krisis baru dalam politik BN Perak. Masing-masing akan cuba menuntut hak masing-masing dan mengintai peluang yang ada dan yang tak dapat sudah pasti akan membentuk " team" yang menyokong dan pasti 28 + 3 ini tidak akan kekal lama. Orang dalam UMNO sendiri akan berlumba-lumba untuk mendapatkan barisan exco dan wakil dari masyarakat Cina sudah pasti tidak banyak tempat memandangkan MCA hanya menang satu kerusi dan Wakil dari masyarakat India sudah pasti hanya menggigit jari apabila awal-awal lagi kerajaan BN perak telah pun menafikan wakil mereka dalam exco akibat kekalahan MIC di Perak. 3 Adun Lompat tu pulak akan hanya berada di luar exco nampaknya. itulah akibatnya kalau terlalu tamak. Rasanya terlalu mustahil untuk BN nak bagi tempat pada 3 ADUN ni apatah lagi mereka ini telah pun mempunyai rekod yang buruk sewaktu dalam PKR dulu. Ke mana agaknya mereka selepas ini. Paling kuat akan jadi orang suruhan BN atau pak turut yang langsung hilang kuasa. Mereka perlu sedar yang BN dapat bentuk kerajaan perak kerana 3 ADUN (yang dah jadi ADUN bebas ) ini yang bagi sokongan pada BN tapi kalau dah tak ada apa-apa jawatan dalam exco maknanya..kena dipergunakan oleh BN. Dah la nak balik kawasan pun orang dah tak hormat, duduk dalam BN pun jadi tunggul sahaja. Sekiranya mereka ini kecewa kerana tidak dapat tempat sudah tentu ,mereka ini memikirkan sesuatu yang semua orang boleh jangka. tak kira lah samada letak jawatan atau lompat ke lain pula. Orang yang tiada prinsip sepeti 3 ADUN ini sebenarnya tak layak berada di mana-mana parti sekali pun. tapi tak tahu la kenapa BN cukup berminat dengan 3 ADUN ni. kalau dalam bola sepak 3 ADUN ni seperti pemain yang suka menjaringkan gol sendiri. apa akan jadi...pasukan yang menyimpan 3 pemain ini akan kalah akhirnya.
No comments:
Post a Comment