Bila "lembu" masuk politik


Agak kelakar bila mendengar isu yang dimainkan oleh BN sejak akhir-akhir ini di Selangor. Setelah beberapa isu yang cuba dicetuskan oleh BN sebelum ini tak begitu menjadi, akhirnya isu sedekah lembu telah didedahkan oleh Khir Toyo sehingga membawa kepada siasatan SPRM terhadap MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Bekas MB selangor ini telah menuduh bahawa Tan Sri' Khalid Ibrahim telah melakukan rasuah dalam bentuk pengagihan lembu kepada rakyat Selangor.

Kadang-kadang terfikir kita apakah BN ini tidak tahu membezakan antara sedekah jariah dan rasuah. Apakah mereka ini perlu diajar tentang definisi rasuah oleh kawan karib mereka SPRM. Ketua Pengarah SPRM pula cukup pantas menyiasat apabila aduan ini dilaporkan oleh kawan baik mereka dari BN ini. Apakah ini sebenarnya ketelusan mengikut definisi SPRM apabila sejak awal-awal lagi sudah berani membuat kenyataan kepada media bahawa mereka ini telah mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim. Apakah mereka tidak sedar atau sengaja buat tak faham bahawa kenyataan ini sebenarnya telah melanggar etika SPRM sendiri yang tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat kerana dikhuatiri akan menganggu proses penyiasatan. Yang peliknya, SPRM hanya tahu mempercepatkan siasatan yang berpihak kepada BN sahaja tapi tidak pula bertindak pantas apabila aduan dibuat terhadap bekas MB Selangor itu. Ketidak telusan SPRM dan sikap berat sebelah suruhanjaya ini telah memaksa Angakatan Muda Keadilan (AMK) membawa lembu sebagai simbolik kepada ketidakpuasan terhadap sikap berat sebelah SPRM yang langsung tidak mahu mengambil tindakan walaupun sudah 20 laporan telah dibuat terhadap salah guna kuasa bekas MB selangor dan pemimpin BN ketika memerintah Selangor dahulu. Secara simbolik kepada keengganan SPRM tidak mahu menyiasat kes penyalahgunaan rasuah oleh bekas MB selangor ini, Angkatan Muda Keadilan telah mengikat 20 aduan ke leher seekor lembu. Aduan semula ini dibuat kerana aduan terdahulu yang bermula pada tahun 2000 lagi tidak diendahkan oleh SPRM. Difahamkan aduan semula ini telah di bawa pada petang semalam jam 3.00 petang di Pejabat SPRM Shah Alam selangor.

Apa pun bagi rakyat Selangor yang faham dengan isu dan taktik kotor ini sudah pasti akan tetap bersama-sama dengan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pakatan rakyat dalam menghadapi agenda jahat BN. Ini telah terbuki apabila rakyat Selangor telah berkumpul secara aman bagi memberi sokongan kepada MB Selangor . Sultan Selangor juga nampaknya lebih bersifat professional walaupun beliau tidak mahu mencampuri urusan politik tapi telah memberi respon yang baik dan bertitah agar memperbanyakan sedekah bukan sahaja di Selangor tapi juga dipanjangkan ke wilayah persekutuan Kuala Lumpur.

Apa lagi isu yang akan dibangkitkan oleh BN Selangor selepas ini, sama-samalah kita tunggu dan lihat sahaja. Untuk kita undur tidak sekali. lawan-tetap lawan. Kezaliman BN dan kebiadaban terhadap mandat rakyat akan kita pertahankan.

Wallahuaalam

Pak Katib

26 Feb 2009

2 comments:

matkude said...

memang le umno dah takda isu nak menjatuhkan kerajaan PR di Selangor...kredibiliti Tan Seri Khalid sukar digugat..jadi lembu pun terpaksa dibawa berpolitik oleh umno...memang perangai umno pun macam lembu jugak....

Unknown said...

SPRM ni sebenarnya lembu. Boleh ditarik2 hidung oleh UMNO dan ikut semua UMNO suruh. Bila UMNO suruh siasat MB S'gor terus siasat dan terus buat keputusan sendiri. Kalu rakyat suruh siasat buat tak tahu dan tak ada kes.

Inilah perangai lembu.