Najib mengadap Sultan Perak pagi ini

Feb 5, 09 10:19am

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Istana Kinta pada jam 9.50 pagi tadi untuk mengadap dan mendapat perkenan Sultan Azlan Shah untuk Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru di Perak.
Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Hamidi Hamid.
Ahmad Zahid merupakan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak.
Semalam, Najib mengumumkan bahawa Barisan Nasional (BN) Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat lagi ahli dewan undangan negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka.Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan

No comments: