BN di ambang sengsara


"BN tak lama lagi akan terkubur", itulah perkataan yang banyak terkeluar dari tinjauan dan pemerhatian orang ramai. Apa tidaknya kenyataan dari pemimpin atasan UMNO-BN sendiri dah tak boleh pakai. Semasa Dato Nasaruddin menyertai PKR heboh satu negara kata Dato Nasa sebagai pengkhianat bangsa sehingga ada kain-kain rentang di kawasan BOTA yang digantung oleh segelintir manusia bagi memberi tekanan kepada Dato Nasa. Sibuklah tukang-tukang canang dan ahli bodoh -pandai dalam UMNO buat cadangan supaya digubal undang-undang anti-lompat parti. Belum habis isu undang-undang anti lompat parti ..tup tup ada ADUN dari PKR nak lompat BN. Paklah terus bagi kenyataan bahawa UMNO - BN bersifat terbuka dan menerima siapa sahaja yang ingin menyertai BN. inilah dia pandangan dan pemikiran orang BN yang boleh dikatakan " Double Standard". Kalau inilah pemimpin yang di agung-agungkan oleh UMNO-BN maknanya, pengikut-pengikut dalam UMNO-BN dah lama kena tipu oleh orang atasan. Kalau dah rasa asyik kena tipu je..apa lagi ..tak rasa bodoh ke. Masuk je pilihanraya sibuk dok canang di seluruh pelusok kampong tentang projek tu dan projek ni. ada yang pegi letak batu asas kat masjid konon-kononnya nak bagi tahu kepada semua rakyat yang UMNO-BN ni islamik dan sentiasa menjaga kebajikan orang islam. tapi bila dah lepas pilihan raya batu asas tadi dah jadi batu nesan dan sesuai diletakkan di muzium,. dah tak berguna lagi. dan jangan lupa UMNO -BN juga akan diletakkan dalam muzium bersama-sama dengan batu asas tadi. tunggu dan lihat.

Pengikut-pengikut dalam UMNO buka lah mata. UMNO sekarang ni dah tak releven lagi dengan politik semasa. mereka ni dah tak tahu nak bezakan yang mana benar dan yang mana salah. Berubah lah. dah lama dah kena tipu...tak rugi untuk bersama-sama dengan Pakatan Rakyat. Jangan terlalu taksub kerana sayangkan parti. Jangan sampai terlalu sayangkan parti sampai pemimpin buat sesuka hati.


Fikir-fikirkan lah


Pak Katib

No comments: