Jamaluddin Mohd Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Kekal sebagai ADUN- Pengerusi SPR



PUTRAJAYA 3 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan Jamaluddin Mohd. Radzi dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu kekal sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Perak.
Sehubungan itu pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang tidak perlu diadakan.



Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, keputusan itu dibuat ekoran wujud keraguan terhadap surat peletakan jawatan yang dihantar kedua-dua ADUN tersebut kepada Speaker DUN Perak. - Utusan

No comments: