BN perak tidak pernah mengiktiraf Kerajaan Pakatan Rakyat - Dato Seri Nizar Jamaluddin


Bukit Gantang- 21 Feb, Barisan Nasional tidak pernah mengiktiraf kerajaan Pakatan rakyat di Perak walaupun ianya telah dipilih oleh rakyat malah majlis penyerahan tugas juga tidak diadakan sebagaimana ianya menjadi tradisi bagi setiap peralihan kuasa sesebuah negeri. Dato Seri Nizar mendedahkan perkara ini ketika berucap di hadapan ribuan pengundi parlimen Bukit Gantang yang diadakan di markaz PAS Bukit Cempedak malam tadi. Menurut Dato Seri Nizar lagi, mereka ini tidak dapat menerima kenyataan dan menggunakan pelbagai cara dan taktik kotor bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan hasilnya bermulalah satu rampasan kuasa yang tidak bermoral dan melanggar undang-undang Tubuh Negeri.

Kerajaan Perak di bawah Pakatan Rakyat telah banyak menyelesaikan beberapa kes yang melibatkan permohonan tanah kerajaan termasuklah 45 hektar tanah yang dipohon oleh seorang pengasas sekolah pondok di kawasan Grik yang telah lama membuat permohonan tetapi telah ditolak oleh BN tanpa alasan yang kukuh. Pakatan Rakyat bukan sahaja meluluskan tanah bagi orang-orang melayu yang memerlukan tapi juga kepada masyarakat cina yang miskin.

Menurut Nizar lagi, BN telah mencari jalan belakang menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kerana bimbang sekiranya Pakatan Rakyat terus berkuasa dan memberi perhatian yang saksama kepada semua kaum akan menyebabkan kepercayaan rakyat kepada BN akan terhakis. Ceramah beliau yang dihadiri oleh ribuan penyokong dan pengundi di parlimen Bukit Gantang adalah satu siri penerangan kepada rakyat terhadap kezaliman dan fitnah yang sengaja dilempar oleh Barisan Nasional terhadap beliau dan kerajaan Pakatan Rakyat.

Di akhir ucapan beliau sempat berpesan kepada orang ramai supaya menggunakan alat telekomunikasi seperti handset dan sebagainya bagi menghantar sms kepada semua kenalan-kenalan, keluarga dan rakan -rakan yang berada jauh dan dekat supaya tidak lagi menyokong BN dan mengajak pengundi-pengundi di parlimen Bukit Gantang memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi pilihanraya parlimen bukit Gantang pada 7 april nanti.-PK




No comments: