"Sesumpah" dan " Kaki Ampu dalam BN


Barisan Nasional yang berkiblatkan UMNO sebagai pengemudi telah memegang tampuk pemerintahan Malaysia sudah melebihi 5o tahun. UMNO yang diasaskan sebagai parti politik orang Melayu sudah semakin nyanyuk dan hilang kreadibiliti. Objektif dan dasar BN sebenarnya sudah tidak releven lagi kepada masyarakat sekarang. Hala tuju yang kabur dan penuh dengan korupsi telah mengundang padah kepada BN yang telah dihukum oleh rakyat Malaysia dalam pilihanraya ke-12 apabila kehilangan 4 negeri dan satu wilayah.
Populariti BN bukan sahaja tercalar di kalangan orang Melayu tetapi juga dari kaum-kaum lain yang dilihat tidak lagi merasa selesa dengan parti ini apatah lagi sikap di kalangan pemimpin dalam BN yang lebih banyak bercakap dari berkerja. Rakyat yang melihat kepincangan ini bukan sahaja menolak BN dalam pilihanraya ke 12 tetapi mungkin akan berterusan sehinggalah BN terkubur dalam arena politik Malaysia.


Pemimpin atasan BN perlu sedar bahawa parti ini bukan lagi bertindak sebagai pembela rakyat tetapi lebih kepada memberi keuntungan kepada golongan-golongan tertentu yang bertidak menjadi "sesumpah" dalam BN. Mereka ini juga pandai menjadi "dedalu" yang bertenggek dalam BN dan sedikit demi sedikit akan memakan apa sahaja yang ada sehinggalah tumbang menyembah bumi. Secara jelas saya katakan bahawa BN telah menggunakan segala media massa bagi menghalalkan fitnah dan membuat provokasi terhadap satu-satu isu yang berlawanan dengan kehendak BN. Cara ini telah menyebabkan isu menjadi lebih besar dan dramatik sehingga membawa kepada perpecahan satu-satu kelompok. ISA yang dipertahankan oleh BN atas alasan keselamatan sebenarnya sedikitpun tidak memberi faedah kepada rakyat malah ianya akan menjadi satu iguan ngeri. Lihat saja lah kepada mereka-mereka yang ditangkap tanpa bicara yang masih lagi menjadi penghuni ISA. Keluarga dan anak-anak isteri mereka hanya mampu menangis akibat kezaliman BN yang menahan ayah dan suami mereka dalam ISA. Di Kalangan mereka bukanlah penjenayah tetapi pejuang yang ingin menegakkan keadilan. mereka tidak akan bangun berdemontsrasi kalau kerajaan melayan mereka secara adil. Di kalangan mereka juga ada ustaz-ustaz dan alim ulama' yang berhujah tentang kebenaran tetapi oleh kerana apa yang dihujahkan terkena atas batang hidung pemimpin BN maka mereka ini dutangkap dan disumbat dalam ISA. Alasan mereka cukup mudah, iaitu untuk menjaga ketenteraman awam. Tidak sedikitpun mereka ini merenung dan memerhati pada kesalahan sendiri.

Banyak kes-kes yang terdahulu membuktikan bahawa BN melakukan kezaliman yang amat dahsyat. Kejadian Memali beberapa tahun dahulu yang telah mengorbankan 14 nyawa dan mencederakan berpuluh-puluh penduduk Memali. Ustaz Ibrahim Libya yang hanya seorang guru agama yang mengajar tentang kebaikan telah dianggap sebagai penjenayah dan dituduh pula sebagai pembawa ajaran sesat. Pembunuhan di Memali masih lagi menjadi ingatan penduduk Memali dan orang yang bertanggungjawab pula masih bebas.
Golongan-golongan yang cuba mempertahankan hak dan kebenaran akan dianggap sebagai pelampau dan ekstrim. Ada yang dihina dan diaibkan sehingga melibatkan maruah diri. Yang tak bersalah akan dicipta satu drama yang kononnya orang ini bersalah. ( Lihatlah kisah Dato' Seri Anwar).

Mufti-mufti yang memberi teguran atau mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan kehendak BN akan dipecat atau dituduh menyebelahi pembangkang. Ahli-ahli cerdik pandai yang berbaik-baik dengan Pakatan Rakyat pula akan dituduh sebagai "alat Pakatan Rakyat" oleh BN ( lihatlah apa yang terjadi pada sasterawan negara A. Samad Said dalam isu PPSMI yang telah dianggap sebagai alat parti pembangkang)
Di mana menghilangnya ustaz-ustaz BN. Apakah masih tidur atau terus lena di kerusi empuk yang dihadiahkan oleh BN. Ke mana menghilangnya DR Mashitah yang hebat berpidato dalam Forum Perdana dan Ustaz Firdaus yang dulunya cukup lantang berkhutbah di mimbar Masjid Negara. Apakah dua orang tokoh agama ini tidak nampak kemungkaran dan kezaliman dalam BN. Apakah Dua orang ini sudah selesa berada di jawatan sekarang sehingga lupa peranan dan tanggungjawab sebenar sebagai seorang yang berilmu.

BN yang sampai bila-bila pun tidak akan senang dengan kemenangan luar biasa Pakatan rakyat sekarang ini telah cuba sedaya upaya menganggu-gugat pentadbiran dan keharmonian negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat. Bermula di Perak yang menyaksikan berlakunya krisis politik dan peralihan kuasa yang masih dipertikaikan status kerajaan negeri, kemudiannya Ke Kedah yang menyaksikan perletakan jawatan Adun Bukit Selambau akibat tekanan dan ugutan dari beberapa orang yang dipercayai dari BN dan kemudiannya ke Selangor apabila isu pengedaran gambar bogel Adun Bukit lanjan di buat liputan secara meluas di Media Massa milik BN dan membawa kepada tawaran perletakan jawatan oleh Elizebeth Wong Adun Bukit Lanjan. Akhir-akhir ini sekali lagi BN Selangor di bawah Dato Khir Toyo cuba membawa MB Selangor ke SPRM atas alasan rasuah lembu dan penyalahgunaan wang rakyat dalam kes penyelenggaraan kereta milik peribadi MB. Di Pulau Pinang juga tidak terlepas daripada gangguan BN dengan membawa isu penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama di negeri itu yang akhirnya dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan KM Pulau Pulau Pinang itu akan membawa Utusan Malaysia ke Mahkamah atas dakwaan menfitnah.
Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara dan niat jahat BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Cara pemikiran sempit BN ini sebenarnya akan menyusahkan rakyat serta menganggu gugat kelancaran pentadbiran neger-negeri di bawah pakatan Rakyat. Kita sebagai rakyat perlu melihat dengan sejelas-jelasnya tipu daya dan permainan politik kotor BN ini dan tetap dengan pendirian walaupun diancam dengan pelbagai perkara.




Wallahuaalam




Pak Katib




25 Feb 2009




2 comments:

matkude said...

memang kerja umno siang dan malam mencari jalan melemahkan kuasa PR....hilangnya 5 negeri dlm PRU 12 menyebabkan ia hilang kewarasan dan akalbudi...menjadikan politik sebagai alat memenuhi agenda kepentingan peribadi..bukan berjuang utk memenuhi tuntutan kesejahteraan rakyat..inilah wajah sebenar umno...

Unknown said...

Ini ada dua tiga kerat pemimpin UMNO dinegeri yang kalah pada PR. Apa pasal dok bising2 kata orang tu rasuah, orang ni rasuah. Dia ingat dia bersih sgt masa memerintah dulu. Skrg di S'gor MBnya dah korek satu2 kes2 lama. Daripada rakyat tak tahu skrg rakyat dah tahu bagaimana mereka rompak duit rakyat. Bukan itu saje, incometax pun dia nak tipu.

Senang cite baik dok diam2, skrg ni rakyat dah tak percaya pd UMNO. Kalu PR melakukan rasuah pun rakyat tak percaya kalu UMNO yang bagi tau.