Ipoh 6 Feb,- "BN telah keterlaluan dan melayan kita seperti penjenayah. Mereka telah mengarahkan kita mengosongkan pejabat dengan serta merta dengan tidak dibenarkan membawa keluar satu barang pun dan mengarahkan supaya mengembalikan semua harta benda termasuk kereta dan lain-lain kepada mereka. Inilah tindakan jahat mereka. Nak ambik gambar anak saya dalam pejabat saya pun dia tak bagi". Demikian ucapan Exco Perak Ngeh Koo Ham sewaktu berucap di perhimpunan rakyat di kediaman MB Dato Seri Nizar Jamaluddin semalam. Perhimpunan yang dihadiri oleh ribuan rakyat perak ini adalah bagi menunjukkan sokongan yang kuat kepada Pakatan rakyat setelah tampuk kerajaan PR dirampas secara tidak sah oleh BN.
Menurut Ngeh lagi, Kerajaan Perak sekarang adalah masih sah mengikut undang-undang dan tiada sebab Dato seri nizar untuk letak jawatan. yang jelas ialah Kerajaan BN yang bakal ditubuhkan adalah kerajaan haram kerana menggunakan taktik yang paling kotor dengan menculik dan merompak ADUN. Kita juga akan memulau majlis angkat sumpah kerajaan baru BN yang dijangka berlangsung di Istana Iskandariah Kuala Kangsar hari ini.
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
-
Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari
kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik
yang and...
1 year ago
No comments:
Post a Comment