10 Feb, Ucapan Takziah daripada penulis kepada ahli keluarga Allahyarham Roslan Saharom ke atas pemergian beliau ke Rahmatullah akibat serangan penyakit jantung. Sudah pasti PAS dan Pakatan Rakyat telah kehilangan seorang pemimpin yang telah banyak memberi jasa kepada masyarakat khususnya pengundi di parlimen Bukit Gantang.
Di tengah tengah gelombang dan pergolakan yang besar yang berlaku di Perak ini, sekali lagi rakyat Malaysia khususnya pengundi di Perak akan berhadapan dengan pilihanraya kecil MP Bukit Gantang dan kebetulan pula DUN Changkat Jering yang menjadi kontroversi tentang status kekosongan kerusi sebelum ini dan kemudiannya dinafikan oleh SPR bagi pengundian semula semula adalah berada di bawah Parlimen Bukit Gantang.
Bagi Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS melalui Bernama menjelaskan bahawa PAS telah pun membuat persediaan rapi bagi menghadapi PRK MP Bukit Gantang apatah lagi momentum di Kuala Terengganu masih lagi panas dan sebelum ini juga di war-warkan PRK bagi Changkat Jering dan Behrang sebelum SPR mengumumkan sebaliknya.
PAS telah pun diramalkan akan mendapat sokongan yang kuat dari penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan Masyarakat Tiong Hua. Ini berdasarkan apa yang berlaku di Perak yang mana rakyat melihat telah wujud perlanggaran hak dan pembentukkan kerajaan secara tidak sah.
Gabungan yang kuat dari PAS, PKR dan DAP dan dibantu oleh penyokong-penyokong BN yang dah muak dengan BN sekaligus akan memberikan majoriti yang besar kepada PAS. Apa pun itu adalah andaian atas kertas dan yang pasti semua pihak dari pakatan rakyat harus berkerjasama dan mengelak dari mengeluarkan kenyataan -kenyataan yang boleh menimbulkan kontoversi atau perpecahan dalam parti. Pakatan Rakyat pelu ingat bahawa BN akan sentiasa mencari ruang dan kesilapan PR untuk dicanangkan dalam media massa mereka khususnya TV3 dan RTM.
selamat berjuang
pak katib
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
-
Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari
kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik
yang and...
1 year ago
No comments:
Post a Comment